Salam.
♫ Akhirnya sudah sempurna… Gerakkan Hati… ♪ Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia.. ♩
Ehh ternyanyi lah pula. Sebenarnya apa yang sudah sempurna dan selesai itu ialah majlis perkahwinan MNM. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Pasangan tersebut yang aku masih ingat lagi – berkenalan di Cosmopoint Kuantan lebih 8 tahun lalu sudah selamat disatukan pada 19 Disember 2009 lepas. Masa yang sama turut dibuat majlis di Rawang, Selangor. Kebetulan (mungkin mengambil berkat juga) pada tarikh tersebut adalah hari kedua tahun baru Islam 1430H. Seminggu kemudian majlis sebelah pihak lelaki pula dibuat di Pasir Puteh, Kelantan iaitu pada 26 Disember 2009.
Aku dan Fawzan turut serta menyemakkan majlis mereka di kedua-dua tempat. hahahaha…. Apa pun aku mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat. Amin. InsyaAllah.
Aku? hahahaha.. entah. Siapa yang tanya tu? :p
Calo~
Tags: Cosmopoint, kahwin, Kelantan, Kuantan, Meiji, Miza, MNM, Pahang, Pasir Puteh, Pojan, Rawang, Selangor, Wakaf Lichong
January 20, 2010 at 1:50 pm
hahaha…thanks korang sume….~