Kurang Sihat

Salam.

Aku dah start batuk-batuk dari semalam, kepala pun pening-pening. Dan pagi ni macam makin teruk. Aku rasa macam ada benda lekat kat tekak aku ni. Entah. Nasib baik semalam aku tak banyak kerja, so 5 minit sebelum pukul 6 aku dah serambus (Darlene pun cakap ok je). Aku keluar je office semalam ingatkan boleh lah cuba timing masa balik naik bas. Sekarang lak musim hujan. Asalkan petang je hujan. Sekali dari Ampang Park aku naik bas, bayangkan dalam masa 30 minit bas baru sampai depan KLCC. Sighh.. Aku nekad. Aku turun situ nak naik LRT je lah balik rumah. Tapi masalah tak berhenti situ.

Aku memang dah agak pun yang LRT kompem sesak dengan makhluk-makhluk yang nak balik rumah. 4 train blah baru sampai turn aku masuk train. Dalam masa beratur tu, ada lah sorang kakak ni beratur sebelah aku. Everytime train sampai, dia tolak-tolak (sedangkan jarak dengan pintu jauh lagi). Bila kali ke-3 train sampai dia tolak-tolak lagi (sebab aku melawan dia. Rimas tau tak) terus dia blah sebelah kanan aku sambil maki hamun seorang diri. Aku sound dia semula kuat-kuat “Eh! Dia yang langgar-langgar orang lagi nak marah-marah!!” Lepas tu aku sambung layan lagu dan buat tak tahu je kat kesesakan orang di stesen dan dalam train. Apa ada hal?😉 Dan aku sampai rumah aku pukul 8 malam.😛

Kat rumah aku makin teruk batuk. Main PStwo – batuk. Makan burger – batuk. Mengadap laptop buat kerja – batuk. Nak tidur pun – batuk. Aku fed-up. Mula-mula aku syak sebab rumah macam berhabuk, tapi sekarang aku rasa kena pergi hospital/klinik buat check up (lagi?). Itu, nanti-nanti lah aku pergi. Sekarang aku nak sambung kerja. Until then.

Calo~ 

3 Responses to “Kurang Sihat”

  1. iQbaL Says:

    lol.. cian nyer dia.😉

  2. aminul Says:

    huk huk…cite gaban lagi best daripada cite merapu ni!

  3. pHyd Says:

    u.. u batuk ke? minum la minyak cap kapak! uh! uh! sabtu ni ai ngan boss terbang ke kelompo. raya2an gitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: