Max Pain

Salam.

Semalam 2 jam sebelum balik Moleka call aku. Dia ajak aku tengok movie. Aku sudah lah tengah sengkek, ajak tengok kat One Utama pulak tu. Woo.. Tapi rupa-rupanya dia dapat lebih dari 10 tiket percuma (syarikat dia bagi), tapi yang pergi cuma aku, Moleka, Soldado & Meng😀 gyahahaha.. So aku join – tengok cerita Max Payne.

Movie yang diadaptasi dari permainan komputer ini menceritakan pasal seorang polis Max Payne (lakonan Mark Wahlberg) yang mencari suspek ketiga yang membunuh isteri dan anaknya. Lepas macam-macam cara dan merata-rata tempat dia pergi cari, maklumat yang dia dapat sudah membawa dan menunjukkan dia ke penghujung penyelesaian yang tidak disangka-sangka. Macam mana? Tengok lah sendiri.😛

Tapi lakonan Mark Wahlberg bagi aku tidak mantap. Contoh, ada satu masa tu dia marahkan BB (bekas polis, kawan bapak dia) dalam hujan lebat. Tapi reaksi dia langsung bukan macam marah. Dan sepanjang cerita ni, aku asyik mencari-cari feel dan cuba layan gak cerita ni tapi tak boleh. In the end, langsung tak boleh diterima pakai. Dan watak jahat Lupino (lakonan oleh mamat yang jadi watak Fernando Sucre dalam drama Prison Break) langsung macam tangkap-muat. Nampak kejam tapi takde unsur-unsur jahat. Dan.., macam tu je dia kalah?😮 (Sebab tu tajuk artikel aku ni ‘Max Pain’. Kalau Pojan pun boleh tidur lepas 15 minit wayang start.😀 hahaha…) wooo…

Tapi, pada siapa-siapa yang memang kipas-susah-mati francais permainan komputer ni, aku nasihatkan “enjoy yourself“. Aku bagi  bintang. Tapi terpulang pada penilaian masing-masing. Lain hulu lain pedang. Anyway, muito obrigado to Moleka sebab ‘ajak dan belanja’ tengok wayang. Lain kali ajak lagi yek?😛

Calo~

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: