Happy Deepavali

Salam.

Aku kembali selepas percutian 3 hari tanpa balik rumah. hahaha.. Maknanya aku kembali bekerja lah ni. Ohye, Happy Deepavali buat semua rakyat Malaysia (terutamanya yang aku kenal) yang menyambutnya. Semalam sempat aku ikut Soldado dan Fadinha pergi beraya di rumah kawan dia. Aku ingatkan biasa-biasa je lah. Tapi rupanya kawan mereka ni seorang budak kecik yang berumur 4 tahun. haha.. Ini bukan satu masalah bagi kita yang duduk di negara majmuk yang berbilang kaum. Jadi menu pada pukul 12 tengah hari rumah pertama semalam ialah tosai, idlik (betul ke ejaannya?), maruku, dan nasi lemak (wow).

Lepas habis situ kami terus pergi rumah terbuka Aidilfitri di rumah keluarga angkat lak. Dekat je. Aku pun dah lama tak jumpa akak dan abang..😛 hehehe.. Lepak-lepak dan borak dengan abang Alan, dengan mak dan pakcik gak dan tetamu lain. Sekali tup! Tu dia abang Lan baru sampai dari Riau dengan beg dan bagasi dia.. haha..😀 abang Amie pun ada ikut sekali. hahaha.. Aku yang masih kekenyangan, gagahkan diri juga menjamah menu di rumah situ. Jadi menu pada pukul 3 petang rumah kedua ialah mee kari (dan nasi dan kuih dan macam-macam lagi). Abang Amie pun letih yang amat sampai tersasul cakap – penyat (kononnya nak cakap penat dan kenyang😀 hahaha..)

Lepas tu plan asal nak tunggu Moleka dan pergi rumah MJ di Kajang (rumah terbuka Deepavali) tapi sekali Moleka masih di pejabat, dia kena kerja daa…. Fadinha pun dah tak larat, Soldado lak ada hal lain, aku pun serambus pergi tunggu bas ke KL sebelum ambil lrt di Maluri ke Titiwangsa dan jumpa Riz pulak. Rancangan ke rumah MJ dibatalkan.

Aku tumpang dia pergi beraya di rumah Man pulak, di Kajang. Kat sana, abang Syuk dan kak Phyd dah ada pun. Lepak-lepak dan borak-borak lepas tu – makan lagi. Jadi menu pada pukul 7 petang rumah ketiga ialah roti jala (sedap weh), kek secret recipe, biskut raya dan buah rambutan (abang syuk cakap buah jambatan😀 haha..). Balik dari rumah Man lepas tu, kami berempat singgah di Taman Equine dan menjamu selera untuk kesekian kalinya lagi di sebuah restoran (terima kasih abang Syuk😛 hehe..). Menu penghabisan untuk hari Isnin semalam ialah nasi putih ayam paprik dan air laici. Itu pun aku rasa macam nak cuba char kuey teow macam abang Syuk makan gak😀 hahaha..

Dan aku sampai di rumah dalam keadaan pening2 pitam (dari tengah hari lagi) dan kekenyangan teramat melampau🙂 Ohye, semalam pun hari jadi adik aku, Kamil. SPM dia dah dekat pun. Aku berborak dengan dia dalam fon, dan aku cakap “Happy Birthday. Celebrate lah dengan letak lilin atas maruku atau ladu.”😛 hehehe.. Sekian.

Calo~

2 Responses to “Happy Deepavali”

  1. suzi Says:

    wah bukan main ke open house lagi…

  2. pHyd Says:

    man gamb ai yg kat rest tu. ai lom teng lg.. hant em kat ai ok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: