Sembilan Siti

Berikut adalah 9 Siti yang patut diikuti dan dijadikan contoh:

1)  SITI KHADIJAH

Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda. Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang hebat olah orang-orang kafir dan musyrik, serta sanggup menghantar makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira’.
 
2)  SITI FATIMAH
Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah. Walaupun Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut. Rasulullah pernah berkata,”Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan kamu.”
 
3)  SITI AISYAH
Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum, di situlah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakan bekas yang sama.
 
4)  SITI HAJAR
Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan ibu mithali)
 
5)  SITI MARIAM
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.
 
6)  SITI ASIAH
Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.
 
7)  SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.
 
8)  SITI MUTI’AH
Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas hanya untuk tatapan suami sahaja.
 
9)  SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 pada tahun 2007 bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Thanks to ^ejet^ from 3G for the tips P hehe..

One Response to “Sembilan Siti”

  1. pHyd Says:

    siti nurhaliza tak tersenarai ek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: