Budak Kelantan

Salam.

Semalam aku dapat lagi tengok wayang dengan tiket percuma.😀 yahahaha.. Tapi kali ini orang lain yang ajak – Diana. Mula-mula tak tahu nak tengok cerita apa. Mamma Mia 6.15pm sedangkan aku sampai TGV KLCC pukul 6.45pm. Akhirnya kami pilih Budak Kelantan, tayangan jam 7.50pm. Bagi aku yang jarang-jarang tengok cerita Malaysia, lagi-lagi dari pengarah madya yang entah apa-apa punya cerita ataupun dari pengarah yang aku tak pernah dengar nama pun; kami melangkah dengan ‘penuh berani’ untuk tonton cerita ini.

Sepanjang hampir 1 jam 30 minit tayangan, aku agak serabut sikit dengan sikap dua group penonton belakang aku. Dari loghat aku boleh kenal orang pantai timur jugak. Mereka buat bising dalam panggung dah macam pasang vcd cetak rompak dan tonton depan tv rumah sambil makan nasi kot. Rilex lah beb. Aku pun asal pantai timur gak. Kecah lah korang ni

Ok, Budak Kelantan ni cerita pasal hidup dua orang kawan baik yang berpisah selepas sekolah dan berjumpa semula di KL. Watak Jaha (Mohd Asrulfaizal) ni hidup dalam macam-macam masalah sosial yang dia buat di KL. Buchek (Danny) pulak hidup tenang dan baik dengan berniaga burger. Satu lagi watak ialah awek Buchek, Nor (Bienda). Sepanjang cerita yang menggunakan loghat Kelantan ni, penonton pun banyak dibantu dengan sarikata BM dan English. Ye lah, bukan semua orang faham kot ayat-ayat macam “Bakpo demo? Doh kacik lagu nu? Mai ghoyak ko kawe deh”😛 hehehe..

Cerita ni berterusan dengan macam mana Buchek nak tolong Jaha balik ke pangkal jalan, hidup Jaha yang masih kelam-kabut dan ‘jahat macam Amerika’, dan ada watak tambahan yang menjadikan penamat cerita ni macam “Eh?! Gitu ke? Wooo…”🙂 Tapi kami berpuas hati lah dengan cerita ni walaupun pengarahnya tidak dikenali, dan teknik rakaman yang macam orang baru lepas keluar akademi.

Aku bagi  untuk Budak Kelantan. Tahniah buat pengarahnya Wan Azli yang berjaya hidupkan jalan cerita ni. Boleh maju lagi demo ni.😛 hehehe..

Calo~

Tags: , ,

4 Responses to “Budak Kelantan”

  1. Saed Says:

    giler la, byk giler tgk wyg. bile nk wat krjanya. hahahahaha. aq tgh nk download dug..duyung. harap2 best la kot.

  2. Diana Says:

    wah…sape yg belanje tgk wyg tu??? huhuhu…xajak pon….
    hehehe…. mesti best kan cter ni.

  3. Trans Bagwell Says:

    hahaha.. Amal, keje tetap keje. wayang lain citer..😛 dug.. duyung tu nnt aku nk copy gak ehh..🙂 sape belanje? eheh.. tuan punya soalan tanye diri sndr kot..😀 hehehe..

  4. suzi Says:

    Wan Azli tuh rakan sekelas gua beb dulu masa kat UiTM. Ari tuh pun masa previu kat media akak pegi buat coverup, tolong kengkawan. Hmm citer dia penuh ngan mesej dan pengajaran. hmm ajak kengkawan p tgk ya.. hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: