Double-oh-Seven

Salam.

Sabtu lepas EBC outing terjadi sekali lagi. Aku pergi selepas balik dari dentist appointment di Batu Caves. Servis gigi sekali-sekala.😛 Kali ini kami pakat menonton filem ‘yang dinanti-nantikan’ ramai orang – 007 : Quantum of Solace.  Aku ni sebenarnya tak berapa layan sangat cerita James Bond, cuma suka tengok wayang je. Bukan lah gak tak pernah tengok, tapi cerita kali ni bagi aku, tak cukup power nak puaskan hati penonton dan peminat James Bond. Aku tak tahu kenapa.

Mula-mula lagi dah tunjuk aksi, yang mana encik double-o-seven ni sibuk kejar orang dan menyamar dan bunuh orang lagi. Tapi sepanjang cerita, aku tak nampak pun sangat gadget-gadget canggih yang dia selalu pakai seperti dalam cerita-cerita sebelum ni. Bukankah itu identiti James Bond juga? Lepas tu, sibuk ke sana-sini cari orang, jumpa empangan air lagi, orang jahat lagi; tapi bila habis cerita, aku tertanya-tanya semula – apa yang dia cari sebenarnya? Tapi so far cerita ni agak ok lah lagi untuk ditonton. Aku pun pelik wayang kami masuk tu ada banyak lagi seat kosong dan, RM9 tiket TGV One Utama untuk cerita James Bond pada hari Sabtu?? Biar betul. :o 

Tapi majoriti kami 10 orang yang tengok rasa puas hati lagi lah. Oh ye, patutnya 11 orang join tapi entah apa yang pening sangat Vovo tak datang. Mental jap aku dengan Mousy pasal Vovo hari tu. Quantum of Solace aku bagi

Balik dari One Utama, aku singgah di cafe kawan aku di Cap Square. Nama cafe tu – Tappers. Suasana yang bertemakan zaman kolonial tu agak nyaman dan tenang bagi pelanggan datang melepak macam aku, Fadinha, dan Soldado. Ahye, kawan aku tu namanya Morreia dan Cacique. Aku bercadang kalau boleh lepas jogging setiap Ahad, aku nak ajak kawan-kawan aku datang melepak situ. Nanti aku up gambar kat sini.

Calo~

Tags: , , , , , ,

2 Responses to “Double-oh-Seven”

  1. Zoro Says:

    ceh, wayang lagi… marah betul aq. hahahaha

  2. ez_izah Says:

    nengok wayang xajak pun…yeke xbest??baru je nk tgk..huhuhu..hoeerreyy..esok ke melaka…nk kirim pisang salai??ahaks!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: