Tak Nak!

Salam.

Hari ni 12 November. Isnin lepas, 10 November aku ‘sambut’ ulang tahun ke-2 pemberhentian merokok aku. hahaha..πŸ˜€ Pejam celik sudah dua tahun aku bebas tanpa rokok. Aku ingat lagi dulu aku pernah hisap sekotak rokok sehari. Dalam proses nak berhenti tu macam-macam dugaan jugak lah. Tapi Alhamdulillah ada sebab-musababnya yang buatkan aku berjaya berhenti.

Photobucket

Lagipun aku rasa sekarang lagi bagus dari dulu. Ye lah, masa nak berhenti dulu, aku tanam niat “cuba sehari tanpa rokok”. Bila aku berjaya sehari, aku fikir semula, apa salahnya aku cuba dua hari tanpa rokok pulak? Selepas tiga hari aku pasang niat macam tu dan berjaya, aku cabar diri aku buat seminggu pulak, lepas tu sebulan, dua bulan, dan tiga bulan. Masuk bulan ke-4, aku cabar untuk berhenti merokok sampai genap setahun – dan aku berjaya.πŸ™‚ Tahun lepas lah genap setahun tanpa rokok, dan aku cabar lagi setahun. Bukan apa, kalau aku boleh setahun berhenti, apa masalahnya nak buat lagi setahun kan? Sekarang dah masuk tahun ke-3 pun.

Aku fikir kalau aku tak pasang niat pun sudah melepasi ‘ujian’ berhenti merokok pun, tapi niat tu cuma untuk pastikan aku betul-betul nak buat. Kalau tak, aku boleh terjebak sekali lagi dalam dunia ‘sedut asap dan hembus’ tu,Β satu gejala yang tak sihat. Sekarang pun kalau ada orang hisap rokok sebelah/depan/berdekatan aku pun aku boleh pening.

Aku pegang atau bau tembakau pun boleh rasa nak muntah dah.πŸ˜› Alhamdulillah. Katakan tak nak pada rokok!

Calo~

3 Responses to “Tak Nak!”

  1. pHyd Says:

    kini baru kau mengerti bagaimana ‘pasaan’ ku.. uhuk! uhuk!

  2. Trans Bagwell Says:

    hehehe…πŸ˜› yes ma’am.. i understand ma’am…

  3. putri hirda Says:

    bagusnya…
    syabas2..
    bole dijadikn contoh yg baek
    hhihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: