Bad Habits

10. Picit jerawat
Tolong lah jangan buat tempat awam macam rumah sendiri ye. Tahu tak, betapa selekehnya bila duduk/berdiri di satu tempat dan dari tepi nampak/perasan yang kau tengah buat perangai tak senonoh ni. Euuuwww…

09. Potong line queue (bus, lrt, trafik jem)
Ha.. yang ini pun perangai buruk di mana-mana pun seluruh dunia. Even, Malaysia pun sampai buat iklan “Beratur lah dan tunggu giliran anda” semata-mata nak ajar nilai-nilai moral kedalam jati diri rakyat Malaysia.

08. Attitude dalam wayang
Bayangkan – waktu sedap melayan cerita yang kita tunggu-tunggu dari 5 bulan lepas (selepas iklan keluar di seluruh dunia), kebetulan pula mood kita tak elok time tu; dapat pula ‘kawan’ belakang kita duduk dengan kaki bergoyang-goyang sampai seat kita dah macam gempa bumi, ‘kawan’ sebelah kita pula boleh bantai melepas sampai bau habis pekung 2 lane situ, ditambah dengan ‘kawan’ depan kita handphone nya berbunyi dan dia jawab dan berborak dah macam dalam bilik dia – apa yang korang buat? Maki? Belasah? Blah? Sound?

07. Aku sorang je ada handphone
Come on lah! Takkan lah dalam lrt / bas yang padat dengan ramai orang pun kau nak pasang lagu mp3 kuat-kuat kot? Earphone takde ke? Siap menari-nari lagi. Pehh.. Tak cukup dengan tu, ada orang call kau, volume suara kau dengan loud speaker lagi dah boleh pakai untuk satu himpunan hari Isnin sekolah menengah dalam dewan kot. WTF?!

06. Buang sampah merata-rata
Ini satu sikap yang tak boleh blah bagi kebanyakan warga bumi. Mana-mana mesti ada penyakit ni. Susah nak buang, lagi-lagi bila melibatkan puntung rokok. Huh!

05. Luxury cars with broken signal lights
Salah satu masalah orang yang berkereta ni, walaupun semahal mana pun harga kereta dia beli, lampu isyarat kereta mereka ada yang rosak kot. Tahu-tahu je dah pancung depan kita. Woi! Nampak stereng lock ni tak?! Fungus!

04. Spitting
Selalunya ada 2 golongan yang buat perangai siot ni – mereka yang rasa kononnya meludah ni nampak bergaya dan cool, dan juga mereka yang merokok. Korang ingat bentuk dan rupa ‘hasil’ tu cantik untuk tatapan ramai ke? Habis sampai tempat duduk pun nak kena ludah ke? Haik ptuih!!

03. Tak pandai flush
Lahanat betul. Cuba lah melepas kat rumah sendiri, lepas tu biar simpan tak perlu flush at least 3 hari. Dalam 3 hari tu tambahkan lagi. Nampak cantik tak perangai tu?! Peh! Tak hengat punye lah!!

02. Drive and nose picking
Sambil memandu nak korek hidung. Tahu lah itu privacy kau, tapi dalam trafik jem? Yang mana kiri kanan ada kereta lain yang sama-sama dengan kau stuck dalam trafik jem?! Lepas korek, kau tengok pulak ‘hasil’ tu macam mana rupanya. Peeehhh…. Tak tahu kalau betul macam abang saudara aku cakap “Dia tu nak kena fokus dalam trafik jem.”

01. Smoking anywhere, anytime
Salah satu perangai buruk yang paling utama aku tak suka. Aku pernah merokok. Dan sekarang aku dah berhenti merokok. Jadi aku tahu macam mana situasi kedua-dua belah pihak. SUdah lah hembus asap bersepah sekali sampai kena pada orang yang tak merokok, meludah merata-rata lagi, puntung rokok pun campak di jalanan. Peh! Cantik perangai?! Macam lahanat gak eh! Tegur salah, tak tegus pun salah. Tapi berbudi bahasa la sikit bradder!

p/s: Ini semua hanya lah dari pemerhatian aku selama ini. Siapa makan cili dia lah rasa pedasnya. Tapi bukan maksudnya aku ni perfect. Sekadar tegur-menegur je.

2 Responses to “Bad Habits”

  1. ronberk Says:

    ader betoi jugak apa yg ko merepek disini.thanks!

  2. pHyd Says:

    jingle (lagu bujang lapok): oww.. mencecey, mencecey, mencecey, mencecey, menceceyyyyy..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: