Bosan kot~

Salam.

Aku sekarang di gerai Fazli kat depan rumah aku. Bosan gila. Tapi sambil-sambil aku join budak-budak sini layan EPL live, aku lepak main internet. Baru tadi Bolton, Stoke City dan Man City menang atas lawan masing-masing. Sekarang Man United lawan Aston Villa baru je sepak mula. Tapi aku bosan. Entah. Sekejap lagi balik rumah aku nak layan preview Prison Break season 4 episod 1 jap lah sebelum tidur😛 hehehe..

Billboard
Gambar billboard di lebuhraya Persekutuan ni diambil masa menuju ke Shah Alam malam hari Khamis. Masa tu nak pergi jumpa Amri. Nampak tak konsepnya? Bangunan-bangunan disusun rapat, gambar diambil dari bawah dan tinggal ruang yang membentuk sebuah kereta. Mungkin iklan ini nak promote Honda City baru kot?

Kemalangan
Pakcik ni kemalangan di Sentul. Sebab pagi-pagi Jumaat traffic jam orang ramai menuju ke tempat kerja, jadi macam takde orang nak berhenti tolong dia. Kasihan dia.

K3K
Kedai di area Subang uptown ni mula-mula aku ingatkan kedai lampu sebab namanya dah macam nama kedai jual lampu je. Tapi yang penting aku nak tunjukkan sini huruf ‘K’ tu😀 hahaha…

Calo~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: