Padan Muka Mamat

Salam.

Time bosan macam ni, aku nak cerita dongeng sikit. Dulu aku pernah kenal seorang mamat namanya Mamat (bukan nama sebenar) yang berpacaran dengan seorang Minah (bukan nama sebenar). Punya lah sayang Mamat pada Minah, biar sejahat mana pun Mamat ni keluar berfoya-foya dengan macam-macam perempuan dan buat benda-benda lain, tapi hati dia tetap pada Minah. Jujur dan setia. Minah je yang tak yakin pasal hal ni.

Sampai lah selepas 2 tahun setengah mereka bersama, sebab orang ketiga yang dipercayai Mamat, mereka berpisah. Lagi sadis, orang ketiga tu kawan baik Mamat sendiri, Jong (bukan nama sebenar), dan Jong berpacaran pulak dengan Minah. Mamat sekarang dah lari ke utara Malaysia. Sekarang dengar cerita Mamat ada minat kat seorang awek baru, Semek (bukan nama sebenar) dan dipercayai Semek pun taruh harapan sama. Sebab sejarah yang Mamat lalui, Mamat tak berani lagi nak cucuk jarum lebih-lebih. Tapi Mamat cakap jujur yang dia suka kat Semek tu, cuma Mamat nak berkawan je dahulu. Maksudnya dia nak satu tempoh sementara. Semek pun ok je.

Entah macam mana, dah macam cerita novel lah pulak jadinya, masa Mamat baru je mula rasa nak sayang betul-betul, tup tup, Mamat dapat tahu yang Semek tu baru je berpacaran dengan orang lain, Bung (bukan nama sebenar). Itu pun Mamat tahu dari sumber lain, bukan mulut Semek sendiri. Akhirnya Mamat hilang satu dan terlepas satu.

Padan muka Mamat. hahaha….

Calo~

p/s: Mamat di atas bukanlah aku dan bukan juga nama sebenar. Jalan cerita turut diubah. Harap maklum.

2 Responses to “Padan Muka Mamat”

  1. ladynina Says:

    apa saje la ko ni KK…😀

  2. putri hirda Says:

    mengarut nye cite..
    ZZZzzzzz….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: