I Like To Move It Move It

Salam.

Semalam Nakama Studio buat outing tengok wayang di TGV Sunway Pyramid. Kali ini cerita Madagascar 2 : Escape 2 Africa. Cerita sekuel kepada Madagascar tahun 2005 arahan Eric Darnell dan Tom McGrath kali ini pasal macam mana Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe and Gloria the Hippo, King Julien, Maurice dan penguin dengan chimps nak balik semula ke New York selepas berapa lama dah terkandas di pulau Madagascar. King Julien dengan Maurice pun ikut dan Mort pulak sibuk nak ikut King Julien. “haha.. Why am I laughing..?

Madagascar3

Tapi bila penguin empat ekor penguin tu yang kawal kapal terbang, haha.., hasilnya macam ayat chief pilot Kowalski cakap dalam satu babak “This is your captain speaking. I have good news and bad news. The good news is that we will be landing immediately. (everyone claps.) The bad news is we’re crash landing.”😀 So babak seterusnya ialah macam mana mereka nak teruskan hidup selepas terhempas di Afrika. Dengan pendedahan pada cara hidup asal usul mereka, kawasan liar dan luas macam tu, macam-macam cabaran mereka kena hadapi.

Madagascar2

Jalan ceritanya memang enjoy dan aku rasa lagi bagus dari first movie dulu yang dah memang bagus pun.🙂 Tapi aku cukup marah dengan satu keluarga yang duduk di belakang aku. Dengan anaknya bising dua-dua sekali, kakaknya pulak bercakap dengan maknya macam duduk 8 meter jarak kuatnya suara, sampai ke tahap anak dia terlepas bekas popcorn dan jatuh kat orang depan dia – aku! Kiwak tul!! Hajat aku nak hilangkan blues mood aku langsung jadi lagi naik angin.

Madagascar1

Tapi aku rasa aku akan tengok sekali lagi kot dengan adik-adik aku nanti masa balik kampung.😀 hehehe.. Memang best. Madagascar : Escape 2 Africa aku bagi . “Moto Moto. The name’s so good you gotta say it twice.” “I like to move it move it.

Calo~

p/s: Semua gambar yang digunakan adalah dipinjam tanpa sebarang keuntungan dari The Internet Movie Database.

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: