Latin Mania

Salam.

Semalam EBC team pergi buat Capoeira presentation (show) di Sunshine Club, Asian Heritage Row. Havana Estudio yang panggil kami buat untuk event Latin Mania. Siap ada cameraman dan wartawan lagi tu. Entah lah. Aku enjoy the moment je.😛 kuikuikui.. Alang-alang, layan muzik seround-dua dulu dalam tu, layan samba dan joget-joget sikit..😀 haha..

Yellow Cab
Ini kedai pizza Yellow Cab di Asian Heritage Row. Ironiknya, mereka pakai vespa warna kuning untuk penghantaran.
Latin Mania
Ini lah tempat kami ‘ber-Capoeira’ semalam. Amacam? Pernah datang?😛 hehehe..

Sekarang ni aku di gerai Fazli. Lepak-lepak main internet jap. Oh ye, tadi baru aku lepas video call (3G). Pagi tadi dengan Iezah, sebelum dia balik kampung. Masa tu aku di Hartamas Square, baru habis lepak di beginner class di Havana pagi tadi. haha.. Masa tu gak aku lepak sekali lagi makan di Backofen. Tapi aku harap Iezah dah ok sebab malam Jumaat hari tu dia sakit. Risau gak lah aku malam tu. Itu pun dia degil jugak nak pergi kerja hari Jumaat. Lepas tu balik je rumah, basuh baju, kemas bilik, terus aku ‘pengsan’ sampai Maghrib!😮 Astaghfirullah.

Lepas tu aku video call dengan Diana pulak. Kesian dia. Batuk-batuk tak sihat. Aku harap dia cepat sembuh. Minum lah Scott’s Emultion.😛 hehehe.. Bukan apa, 28 hingga 30 Nov semua pelanggan Maxis/Hotlink boleh buat video call percuma. hehe.. Dia cakap “Hari Merah” apa entah.😀 Sekarang ni nak bersiap balik jap makan dulu. Lapar banget. Beg duit tertinggal pulak ni. huhu.. Jadi, aku gerak dulu yah!

Calo~

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: