Archive for December, 2008

Welcome 2009!

December 31, 2008

Salam.

Happy New Year 2009

Aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru Islam 1430 Hijrah dan juga selamat menyambut tahun baru 2009. Semoga kedatangan tahun baru ini menjadikan kita semua lebih dewasa dalam membuat apa-apa keputusan, tindakan dan tutur kata. Harap juga dengan kedatangan tahun baru ini dapat menjadikan kita lebih baik dari tahun 2008. Aku punya azam tahun baru? hahaha.. ๐Ÿ˜€ Taknak cakap. Takut tak jadi. Tapi doakan lah kejayaan aku mencapai azam itu pada penghujung tahun 2009. Amin.

Aku juga doakan yang terbaik buat semua orang. ^_^ Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009.

Calo~

Melepas!

December 30, 2008

Salam.

Kelmarin selepas aku ambil keluarga aku di tol Gombak, kami terus ke rumah keluarga angkat aku di Cheras. Kemudian terus ke Subang Jaya rumah pakcik aku. Malam tu aku kena pakai internet sebab nak email hasil kerja dan jugak nak bid satu walletย di lelong.com.my.

Pasal wallet ni, harga tawaran mula-mula RM32. Kemudian beberapa hari lepas ada orang dah mula bid. Aku nak tunggu last minute, jadi malam kelmarin 20 minit sebelum tutup aku mula bid. Mula-mula aku up lagi seringgit. Tapi tak boleh sebab dia cakap ada orang lain dah up lagi seringgit. Bila jadi benda sama sampai 4 kali, aku dah mula pelik. Macam orang tu set automatik up seringgit bila orang lain cuba nak bid jugak. Gila ke? Lepas tu aku cuba up lagi.

Akhirnya aku fed up, sebab sudah mencecah RM46. Kalau tambah cas pos laju owner tu letak RM10, sama dengan RM56. Sedangkan kalau awal-awal lagi dia Quick Grab, RM55 je owner tu letak dengan cas penghantaran percuma. Gila?! Aku fikir, biar lantak lah! Dia memang nak sangat wallet grade A tu tapi bukan tulen pun. Cuma design yang baru untuk edisi 2009 macam yang keluar di laman web brand wallet tu. Lain kali lah aku cari wallet baru nak ganti wallet aku sekarang ni.

Calo~

Feliz Anniversario

December 28, 2008

Salam.

Parabens pra voce. Neste data querida.
Muitas felicidades. Muitos anos de vida.

Haha.. Semalam hari jadi aku. hehehe.. Jumaat lepas aku dah penat-letih latihan Capoeira kelas intermediate, semalam pulak masa aku datang kelas beginner di Havana Estudio, langsung aku kena jogo de Capoeira dengan beberapa orang. Kalau ikutkan tradisi betul, aku mungkin kena ‘lawan’ dan kena takedown beberapa kali berdasarkan umur aku, lepas tu kena babau beramai-ramai. ๐Ÿ˜€ hahahaha.. Tapi sebab kelmarin dan semalam, badan aku langsung rasa sengal-sengal dan lenguh. Huhu.. Nak berjalan pun terhencot-hencot sikit. Adess..

Hari ini keluarga aku datang ke KL. Tapi ramai-ramai dengan pakcik-makcik aku jugak lah. Sebab Isnin esok kami semua nak pergi kenduri kahwin Puspa (sepupu aku dari Terengganu) di rumah pengantin lelaki. Alaarr… majlis sambut menantu lah tu kiranya. ๐Ÿ™‚ Lokasi di Kajang. Jadi, petang ni aku pergi jemput keluarga aku di tol Gombak, pergi rumah keluarga angkat aku sekejap di Cheras, lepas tu aku ikut keluarga aku pergi rumah Uncle Zek di Subang, tidur sana.

Terima kasih kepada semua yang sms, telefon atau jumpa depan muka dan wish kan selamat hari jadi pada aku ๐Ÿ˜‰ Aku cuma harap dengan umur baru aku ni, tahun 2009 aku lebih baik dari 2008. Amin. Ohye, terima kasih untuk hadiah-hadiah yang aku dapat ๐Ÿ˜› hehehe.. Luv y’all. :-* mwaxx..

Calo~

Cuti Lagi

December 26, 2008

Salam.

Salam bercuti buat semua. haha.. ๐Ÿ˜€ Sekarang aku sedang lepak-lepak di gerai depan rumah sambil buat research untuk logo syarikat yang aku kena cipta ni. Mijie lak demam parak, sampai kena mc hari ni. hahaha.. Aku bercuti lagi, Selasa depan baru masuk dan Rabu pulak kena pindah-pindah barang, kena pindah pejabat ke tempat baru. huhu..

Kelmarin Nakama Studio buat outing sekali lagi pergi One Utama. Pojan, Mijie, Miza dan seorang lagi Iqbal baru nak tengok cerita Bolt sedangkan aku dah tengok sebelum ni. Tapi sebab cerita Bolt best, aku tak ralat pun nak tengok kali kedua. ^_^ Memang seronok lah layan sekali lagi. Puas hati. Lepas ni aku nak beli dvd dia pulak (sejak bila aku rajin beli dvd cerita ni? ๐Ÿ˜› haha..)

Eh, semalam pulak nasib baik sempat aku pergi rumah Soldado sebelum Parabolica balik ke Penang. Aku datang sebab nak bagi Xmas gift je kat mereka. Aku harap mereka suka dengan hadiah tu ๐Ÿ™‚ Malam ni mula semula kelas Capoeira selepas lama ‘berehat’. Dan aku ada firasat yang malam ni mungkin aku kena take-down atau kena babau ramai-ramai ๐Ÿ˜ฎ hahaha… Bersedia lah wahai Kamalkhalid!

Calo~

RM20 & RM12?!

December 24, 2008

Salam.

Hari ni aku seperti biasa beli NST dan ambil The Sun di Ampang Park LRT, dan aku dapati ada beberapa berita menarik.

Ada cadangan untuk mintak kerajaan benarkan harga tiket wayang dinaikkan kepada RM20 untuk filem-filem dari Hollywood / luar negara dan RM12 untuk filem-filem tempatan. Ini untuk menggalakkan masyarakat menyokong dan menonton filem buatan tempatan.

Aku amat tidak bersetuju. Bagi aku, filem-filem tempatan ada yang tak kurang hebatnya tapi kalau jalan cerita asyik berkaitan perkara yang sama (contoh: perebutan kuasa, cinta 3 segi, konflik keluarga dan lain-lain), aku jadi bosan nak tonton filem tempatan. Contoh cerita tempatan yang menarik seperti Sumolah, Kami dan Budak Kelantan aku suka tengok. Macam ni baru ada kelainan. Adakah dengan perbezaan harga tu akan membuatkan masyarakat menyokong filem tempatan? Mungkin tidak sama sekali. Silap-silap, industri filem Malaysia langsung jatuh merundum.

Arsenal berminat nak membeli pemain dari Zenit St Petersburg, Andrei Arshavin semasa tirai jual-beli akan dibuka awal Januari ini, dengan harga tawaran RM110juta.

Yang ini aku rasa barisan pemain Arsene Wenger akan bertambah kukuh, lagi-lagi dengan adanya pemain seperti Adebayor, Fabregas, Walcott dan Samir Nasri. Lagipun aku yakin dengan Arsenal. Harap-harap jual-beli ni menjadi ^_^ hehehe..

Ahye, minggu lepas aku dah beli model crossover One Piece dan Dragon Ball tu ๐Ÿ˜€ wohoo! Tengok lah gambar di bawah nih.
One Piece DBZ

Akhir kata, Selamat Hari Natal dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia. ^_^

Calo~

Membebel

December 23, 2008

Salam.

Agak lama gak aku tak membebel di sini ๐Ÿ˜› hehehe.. Bukan apa, cuma daripada asyik merapu je, baik share lawak atau fakta sesama kita, bukankah molek begitu tuan hamba? haha.. ๐Ÿ˜€ Minggu lepas banyak gak aktiviti yang aku terlibat. Contoh macam aku lepak makan di Mali’s Corner sebab dah lama dah tak lepak di sana. Char Kuey Teow saiz besar dengan nasi lemak ayam jadi hidangan aku malam tu. ๐Ÿ˜›

Selain tu aku pergi lepak tengok IP MAN, cerita tentang pengasas Wing Chun (dan juga sifu kepada Bruce Lee). Gempak gila! Korang memang patut tengok lah cerita niย ๐Ÿ˜‰ Beberapa hari sebelum tu pun aku pergi tengok Transporter 3. Entah apa mimpi, aku tak tengok pun lagi nombor 1 & 2 punya, tiba-tiba je aku layan nombor 3 punya. ๐Ÿ˜€ haha.. Tapi cerita dia best jugak lah. Puas hati gak dapat tengok. Semua movie kami tengok di One Utama.

Ahad lepas lak aku pergi Amcorp Mall selepas aku dapat maklumat tentang flea market yang jual barang-barang lama dan klasik. Aku pergi dengan Mousy, Careta dan Moleka. Sambil-sambil aku survey barang untuk diri sendiri, aku beli Christmas present untuk beberapa orang ๐Ÿ˜‰ Bulan depan aku nak datang lagi, sebab barang sana terlalu banyak nak difikir beli mana satu ๐Ÿ˜› hehehe.. Piring hitam dengan player dia pun ada elok lagi. Jual murah pulak tu. ๐Ÿ˜ฎ Jom!~

Calo~

Perihal Duit

December 22, 2008

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”

Lima puluh menjawab ” aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “hmm.. bosan.. balik balik2 tempat sama.. surau, masjid, surau… “

The Most

December 19, 2008

The most selfish one letter word………..
“I” – Avoid it.

The most satisfying two-letter word…….
“WE” – Use it

The most poisonous three-letter word…..
“EGO” – Kill it.

The most used four-letter word………..
“LOVE” – Value it.

The most pleasing five-letter word…….
“SMILE” – Keep it.

The fastest spreading six-letter word…
“RUMOUR” – Ignore it.

The hardest working seven-letter word..
“SUCCESS” – Achieve it.

The most enviable eight-letter word….
“JEALOUSY” – Distance it.

The most powerful nine-letter word….
“KNOWLEDGE” – Acquire it.

The most essential ten-letter word….
“CONFIDENCE” – Trust it.

80’s Baby

December 18, 2008

Ini sambungan pasal 198X Great Childhood Time hari tu. Enjoy the facts!~

Signsย thatย youย areย anย 80s’ย babyย :
+ You grew up watching He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk and Mighty Mouse. Not to forget, Ninja turtles, Mask and Smurfs too.ย 
+ You grew up brushing your teeth with a mug in primary school after recess time. You squatted by a drain with all your classmates beside you, and brushed your teeth with a colourful mug.
+ Remember the days when the school nurse comes with a list for the dentist appointments, the sound of the drilling when your friend has a fill in his tooth.
+ You remember the packets of milk and milo we get in primary school to encourage us to drink more milk. And when we had to line up just to get one cup, and some of us would line up again for another cup of cold milo.

+ During primary school days, the teacher will punish you using a ruler to hit your palm. A bowl of noodle soup cost only 40c in primary school days.ย 
+ When you were in primary school, girls like to go to the bookshop to buy cute stuff such as animal erasers, sharpeners, notebook etc.ย 
+ In secondary school, girls go to the library to borrow their favourite romance storybook.
+ In secondary school, girls altered their school skirt to shorten it and guys will go to the school appointed school uniform tailor shop to tailor make their school trousers to the then fashionable “baggy pants”!
+ In secondary school days, you buy the Bata BM Turbo school shoes. Some guys like to wear those china made ankle high shoes. Some even like to wear those very thick socks with their school shoes.

+ Internet? E-mail? What the hell is that? So you thought a decade or more ago. Your friends don’t have pagers or handphones in school.
+ CDs? What’s that? Cassette tapes were the norm.
+ Movie tickets used to cost less than $5 last time.
+ The goodies from Mama shop used to be Mamee, Ka ka,Kum Kum, Ding Dang choco balls (with toys in the box), colourful hard “egg”, “cigerette” chocolate, pink bottle of bubbles, and small tubes with yellow sticks to blow “more lasting” bubbles that you can pop more air in or slam it on. You never forget ‘Ti Kam’.
+ When exams are over, the board games (eg: UNO, Monopoly, CLUEDO) & hand held video games will be all over the class room.
+ Girls will start playing ‘batu seremban’.
+ Your favourite sound is the bell! For it’s the homemade ice cream man. The cream that tops Haagan Dazs! The pink colour ice-cream with eyes plus a wide smile.ย 
+ Another bell is the recess bell, a time to get away from school work and to eat.ย 
+ Another time when there is no bell but all guys will anxiously wait for it…The PJ, PE time (time for football)

+ Your favourite childhood games were playing “guli”(marbles), five stones, zero-point, catching, and/or “Pepsi-Cola one two three”!
+ The best thirst quencher of all times is the yummy colourful ice tubes you can buy from provision shops. To eat them, break the tab and suck while holding the freezing tube!
+ All gals had barbie dolls, My Little Pony, pound puppy, Polly Pocket and etc, while all boys had star wars figurines or a rubber band catapult that shoots folded paper or eraser bits.
+ Once was the era whereby ice-cream sticks were valueable items, than came the paperย  aircrafts, chalk fights.
+ Everyone envied the class monitor and his assitant, cos they were the ones who came up with the daily duty roster, giving names to teacher on who makes the most noise and who’s running around the class.
+ The elite group are the prefects, the one with license to move around, they considerย  themselves above the law when not many students actually listened to them, and that’s when the PK Hem comes in.
+ Some boys made their own guns from wood,and used ‘Bacali’ as the bullets. Some even used matches to shoot and burn kids’lanterns during Latern Festival.
+ And your favourite holiday was Chinese New Year! new clothes, ang pows, shopping, junk food and family outings! (YEAH…WITH ALL THE FIRE CRACKERS AND LION DANCES…) Some mischievous boys would open up all the fire crackers and make one big bomb just for cheap thrill and most of the time end up burning themselves.ย 
+ Remember the bamboo bomb? sighz…those were the days.

Cheers to the 80s’ babies!!! WE RULE!!!!!! GONE ARE THE GOOD OLD DAYS HUH? DOES READING THIS BRINGS YOU BACK TO THE GOOD OLD TIMES?

Kembali Bertugas

December 17, 2008

Salam.

Hari tu semasa aku balik kampung nak beraya haji, badan aku dah mula rasa lain. Hari kedua masa di kampung tuk aku, aku dah start menggigil. Aku tak tahu kenapa sebab kalau aku demam, biasanya aku akan tahu dulu dengan bersin. Petang tu balik Kuantan semula, aku mula terbaring, tak larat. Ingatkan demam panas ke apa. Siap cari klinik hari raya tu, doktor bagi panadol dengan antibiotik. Tapi bila aku balik KL hari Selasa, dan hari Rabu pun aku tak larat jugak, boss aku telefon cakap “U mungkin kena denggi, pergi klinik buat blood test dulu”.

Aku mintak tolong adik hantarkan ke klinik Greenwood. Yang lucunya, aku boleh tertidur masa berbual dengan doktor. Dia mintak handphone pun aku bagi sedar tak sedar. Rupanya dia cakap aku dah pengsan. haha.. ๐Ÿ˜€ Terus dia suruh adik hantar aku ke Hospital Selayang, buat blood test, terus sah kena denggi berdarah. Doktor situ terus suruh aku masuk wad. Peh!

Aku masuk Khamis malam, Ahad petang aku dah keluar. Tapi bayangkan Jumaat tengah hari tu terkejut aku tengok ayah aku berjalan masuk bilik aku. Bila dia datang? Tapi Alhamdulillah. Cuma kesan demam tu aku macam boleh rasa lagi. Mungkin ambil masa sket nak betul-betul sembuh. Tapi apa pun aku harap aku takkan kena lagi. Letih weh. Lagi pulak dengan kerja yang terbengkalai nak kena siapkan banyak.

Sekarang dah kembali bertugas seperti biasa, dalam keadaan sikit-sikit lemah dan pening. ๐Ÿ˜› hehehe..

Calo~

p/s: Pastikan kawasan rumah korang pun terjaga dan bersih dari pembiakan nyamuk.