Kembali Bertugas

Salam.

Hari tu semasa aku balik kampung nak beraya haji, badan aku dah mula rasa lain. Hari kedua masa di kampung tuk aku, aku dah start menggigil. Aku tak tahu kenapa sebab kalau aku demam, biasanya aku akan tahu dulu dengan bersin. Petang tu balik Kuantan semula, aku mula terbaring, tak larat. Ingatkan demam panas ke apa. Siap cari klinik hari raya tu, doktor bagi panadol dengan antibiotik. Tapi bila aku balik KL hari Selasa, dan hari Rabu pun aku tak larat jugak, boss aku telefon cakap “U mungkin kena denggi, pergi klinik buat blood test dulu”.

Aku mintak tolong adik hantarkan ke klinik Greenwood. Yang lucunya, aku boleh tertidur masa berbual dengan doktor. Dia mintak handphone pun aku bagi sedar tak sedar. Rupanya dia cakap aku dah pengsan. haha..😀 Terus dia suruh adik hantar aku ke Hospital Selayang, buat blood test, terus sah kena denggi berdarah. Doktor situ terus suruh aku masuk wad. Peh!

Aku masuk Khamis malam, Ahad petang aku dah keluar. Tapi bayangkan Jumaat tengah hari tu terkejut aku tengok ayah aku berjalan masuk bilik aku. Bila dia datang? Tapi Alhamdulillah. Cuma kesan demam tu aku macam boleh rasa lagi. Mungkin ambil masa sket nak betul-betul sembuh. Tapi apa pun aku harap aku takkan kena lagi. Letih weh. Lagi pulak dengan kerja yang terbengkalai nak kena siapkan banyak.

Sekarang dah kembali bertugas seperti biasa, dalam keadaan sikit-sikit lemah dan pening.😛 hehehe..

Calo~

p/s: Pastikan kawasan rumah korang pun terjaga dan bersih dari pembiakan nyamuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: