RM20 & RM12?!

Salam.

Hari ni aku seperti biasa beli NST dan ambil The Sun di Ampang Park LRT, dan aku dapati ada beberapa berita menarik.

Ada cadangan untuk mintak kerajaan benarkan harga tiket wayang dinaikkan kepada RM20 untuk filem-filem dari Hollywood / luar negara dan RM12 untuk filem-filem tempatan. Ini untuk menggalakkan masyarakat menyokong dan menonton filem buatan tempatan.

Aku amat tidak bersetuju. Bagi aku, filem-filem tempatan ada yang tak kurang hebatnya tapi kalau jalan cerita asyik berkaitan perkara yang sama (contoh: perebutan kuasa, cinta 3 segi, konflik keluarga dan lain-lain), aku jadi bosan nak tonton filem tempatan. Contoh cerita tempatan yang menarik seperti Sumolah, Kami dan Budak Kelantan aku suka tengok. Macam ni baru ada kelainan. Adakah dengan perbezaan harga tu akan membuatkan masyarakat menyokong filem tempatan? Mungkin tidak sama sekali. Silap-silap, industri filem Malaysia langsung jatuh merundum.

Arsenal berminat nak membeli pemain dari Zenit St Petersburg, Andrei Arshavin semasa tirai jual-beli akan dibuka awal Januari ini, dengan harga tawaran RM110juta.

Yang ini aku rasa barisan pemain Arsene Wenger akan bertambah kukuh, lagi-lagi dengan adanya pemain seperti Adebayor, Fabregas, Walcott dan Samir Nasri. Lagipun aku yakin dengan Arsenal. Harap-harap jual-beli ni menjadi ^_^ hehehe..

Ahye, minggu lepas aku dah beli model crossover One Piece dan Dragon Ball tu😀 wohoo! Tengok lah gambar di bawah nih.
One Piece DBZ

Akhir kata, Selamat Hari Natal dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia. ^_^

Calo~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: