Archive for December 30th, 2008

Melepas!

December 30, 2008

Salam.

Kelmarin selepas aku ambil keluarga aku di tol Gombak, kami terus ke rumah keluarga angkat aku di Cheras. Kemudian terus ke Subang Jaya rumah pakcik aku. Malam tu aku kena pakai internet sebab nak email hasil kerja dan jugak nak bid satu wallet di lelong.com.my.

Pasal wallet ni, harga tawaran mula-mula RM32. Kemudian beberapa hari lepas ada orang dah mula bid. Aku nak tunggu last minute, jadi malam kelmarin 20 minit sebelum tutup aku mula bid. Mula-mula aku up lagi seringgit. Tapi tak boleh sebab dia cakap ada orang lain dah up lagi seringgit. Bila jadi benda sama sampai 4 kali, aku dah mula pelik. Macam orang tu set automatik up seringgit bila orang lain cuba nak bid jugak. Gila ke? Lepas tu aku cuba up lagi.

Akhirnya aku fed up, sebab sudah mencecah RM46. Kalau tambah cas pos laju owner tu letak RM10, sama dengan RM56. Sedangkan kalau awal-awal lagi dia Quick Grab, RM55 je owner tu letak dengan cas penghantaran percuma. Gila?! Aku fikir, biar lantak lah! Dia memang nak sangat wallet grade A tu tapi bukan tulen pun. Cuma design yang baru untuk edisi 2009 macam yang keluar di laman web brand wallet tu. Lain kali lah aku cari wallet baru nak ganti wallet aku sekarang ni.

Calo~

Advertisements