Archive for January, 2009

Hilang!

January 29, 2009

Salam.

Baru-baru ni aku ada hilang beberapa barang. Puas juga lah aku cari merata-rata tempat dan tanya orang, tapi tak dapat dikesan jugak. Sedih woo.. Barang-barang tu ialah (ikut susunan hilang):

  • Pen drive (dengan maklumat penting aku pun ada kat dalam tu. Cis!)
  • Topi (biar pun jenama Converse, tapi itu lah topi yang selalu aku pakai. huhu..)
  • Jam tangan (tak kisah lah Rolex dari Petaling Street pun ke apa ke, tapi pemberian orang tu 😦 waaa…) <- dah jumpa semula πŸ˜€ hehee.. Thanks Fadinha

Jadi kalau siapa-siapa ada ternampak atau terjumpa, harap dapat sudi lah bagi semula yek? πŸ˜› kekekekeke.. Terima kasih.

Calo~

Gong Xi Fa Chai

January 24, 2009

Salam.

Aku balik agak lewat sikit dari latihan Capoeira semalam. Tapi latihan semalam agak seronok dan mencabar. Sampai luka-luka siku aku sebab jatuh, kaki cramp asyik kena take-down, dengan jari lebam tak surut-surut main berimbau.. πŸ˜€ hahaha.. Tapi pun, so what? I don’t care about it. As long as I can practise and learn Capoeira. EBC rawks!~

Ohye, kalau ikutkan aku dah beli tiket balik Kuantan bas jam 1.30 tengahari nanti. Tapi tukar plan tiba-tiba, aku balik dengan kawan. Jadi tiket tuburnje lah. Tak kisah lah, sebab boleh bertolak awal sikit, seawal 7.30am.. πŸ˜› hahaha.. Harap-harap aku terjaga awal sikit nanti.. Ini pun baru je habis packing baju nak balik.

Jadi, Gong Xi Fa Chai (Selamat Tahun Baru Cina) buat semua yang menyambutnya. Hati-hati dalam perjalanan ke mana sahaja destinasi dituju. Wish you all a prosperous moo year… πŸ˜‰ hehehe.. Angpau lai lai….

Calo~

Kisah Suami Isteri

January 23, 2009

Part 1 : Mimpi Si Isteri
Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, β€œTadi malam saya bermimpi abang menghadiahkan saya set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat abang mengenai mimpi saya tu?”.

β€œAwak pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

(more…)

2008’s Top-Selling Manga in Japan

January 22, 2009
Rank
Title
Author
Total Copies
Publisher
Cover
01 One Piece Eiichiro Oda 5,956,540 Shueisha
02 Naruto Masashi Kishimoto 4,261,054 Shueisha
03 20th Century Boys Naoki Urasawa 3,710,054 Shogakukan
04 Katekyo Hitman Reborn! Akira Amano 3,371,618 Shueisha
05 Bleach Kubotite 3,161,825 Shueisha
06 NANA Ai Yazawa 3,122,146 Shueisha
07 Soul Eater Atsushi Ookubo 3,076,351 Square Enix
08 Nodame Cantabile Tomoko Ninomiya 2,799,299 Kodansha
09 Rookies Masanori Morita 2,765,163 Shueisha
10 Gintama #26 Hideaki Sorachi 2,390,196 Shueisha

Sumber : Anime News Network dan Oricon.

Guys Think.. Girls Think..

January 21, 2009

Guys drink to forget about the girl,
Girls drink to think back about the guy.

When guys are in love, they become poor,
When girls are in love, they become pretty.

Guys can forget, but cannot forgive,
Girls can forgive, but cannot forget.

Guys care the most about the quantity of love,
Girls care the most about the quality of love.

Guys break-up when they feel love from another girl,
Girls break-up when they feel the feeling of separation from her man.

Guys feel curiosity towards all girls,
Girls feel curiosity towards guys who are interested in her.

When guys are heartbroken,
they try to forget about the girlΒ by going out with another girl.
When girls are heartbroken,
they try to find his characteristics from another guy.

Guys wish to be her first love,
Girls wish to be his last love.

“Women are nothing but trouble, and Men are nothing but trouble seekers.”

Malas

January 20, 2009

Hari ini aku macam rasa malas nak update blog. Esok lah aku cerita πŸ˜› hehehe…

Meet Uncle Hussein – Lagu Untukmu

January 19, 2009

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu

Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

p/s: Tahniah kepada Meet Uncle Hussein atas kemenangan kategori Pop Rock dan dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL ke-23 semalam.

Masa Untuk Berubah

January 18, 2009

Salam.

Haa.. tajuk tu bukan cerita pasal salah satu motto syarikat telco di Malaysia ni tau. πŸ˜› Dua-tiga hari ni aku asyik terbaca / tertengok berita tentang perubahan-perubahan yang berlaku. Ada beberapa berita yang menarik perhatian aku, iaitu seperti:

  • Meet Uncle Hussein masuk Anugerah Juara Lagu 23 (AJL) peringkat akhir yang mana aku sedang tonton sekarang ni di TV3. Viva La Indie!~ πŸ˜› kekekeke.. Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik. Farahwahida dapat Juara Kategori Etnik. Kategori Balada pula jatuh kepada Faizal Tahir. Dan kemuncaknya Kategori Pop Rock dimenangi oleh Meet Uncle Hussein, yang juga selepas itu dinobatkan sebagai JUARA LAGU AJL 23!~ Wohoo..!!~
  • Estrella merangkul 3 anugerah dari 4 pencalonan di Voice Independent Music Award (Vima) yang pertama semalam (Sabtu). Anugerah yang mereka menang ialah Lagu Pop Terbaik (dengan lagu “Stay”), Kumpulan Pop Terbaik dan Vokalis Pop Terbaik. Tetapi Yuna menang salah satu anugerah utama – Nyanyian Pop Terbaik.
  • Semalam juga Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2361 undian. BN menang kerusi tersebut pada piliharaya umum Mac 2008. (p/s: aku bukan pemerhati mahupun penyokong mana-mana parti politik. Politic sucks!)
  • Rejim zionis Israel semakin melangkah jauh ke dalam bandar Gaza dan membunuh lebih banyak orang awam Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak. Penaklukan yang sudah masuk hari ke-23 (jika tidak salah kiraan aku) ini semakin mendapat bantahan oleh hampir seluruh masyarakat di dunia akan tetapi mereka yang menggelarkan diri sendiri sebagai pemimpin-pemimpin utama sedunia masih lagi mendiamkan diri.
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan KL Sentral akan ditutup bermula 6 Februari untuk pembinaan bangunan pejabat dan hotel yang mengambil masa 4 tahun. Berkuatkuasa dari tarikh itu, sesetengah perkhidmatan bas tidak akan masuk ke dalam untuk mengambil dan menurunkan penumpang, dan laluan pejalan kaki di antara KL Sentral dengan Brickfields akan ditutup. Tetapi bagus lah bas U82 ke Damansara Utama / TTDI masih lagi di situ.
  • Menteri Pengangkutan mencadangkan supaya dibuat larangan kepada pengusaha-pengusaha syarikat bas ekspress dari menyediakan perkhidmatan perjalanan bas ekspress pada waktu malam dan dinihari. Alasannya, mengelakkan tragedi nahas dari semakin meningkat.

Ada lagi beberapa perubahan yang berlaku, sama ada sekeliling aku ataupun di seluruh dunia. Hal ini bagi aku amat positif memandangkan tahun baru 2009 masih lagi belum cukup sebulan usianya. πŸ˜‰ Aku harap perubahan-perubahan positif akan terus-menerus lahir dan yang negatif dibiarkan berlalu pergi tanpa ditoleh. InsyaAllah, Amin. πŸ˜€

Calo~

Dinner With MKBC

January 17, 2009
04 Salam.

Semalam aku pergi makan malam selepas dijemput oleh MKBC. Yang datang wakil dari Barefoot, aku dengan boss aku, Peggy. Yang lain-lain boss-boss MKBC (dengan pekerja mereka) dengan partnership mereka. Malas nak cakap banyak, kepala pening lagi ni πŸ˜› kekekeke.. Tapi selepas balik dari situ, aku join lepak di Mali’s Corner pulak sampai larut malam. hahaha.. Apa-apahal, tengok je lah gambar-gambar bawah ni πŸ˜‰

Calo~

01 02
03 00

Boikot Sana Sini?

January 16, 2009

Salam.

Sejak akhir-akhir ini, rejim zionis semakin bertindak berleluasa terhadap rakyat Palestin. Kekejaman mereka yang memang tidak boleh dimaafkan, bagaimanapun ‘kurang diberi perhatian’ oleh pihak berkuasa besar dunia. Amerika, Britain, dan lain-lain bahkan negara-negara Arab sendiri bagaikan endah tidak peduli sahaja. Begitu senang mereka memandang enteng terhadap negara seagama dan sejiran mereka.

Susulan itu, pelbagai kempen dibuat oleh pelbagai negara lain, termasuk Malaysia. Tun Dr Mahathir sendiri mencadangkan secara terbuka untuk memboikot semua produk dari Amerika. Cadangan beliau ada pro dan kontranya. Tapi ramai yang menyokong walaupun secara diam-diam. E-mel berantai tentang senarai-senarai barangan yahudi dan menyokong Israel juga ada disebarkan secara meluas.

Akan tetapi, aku hampir tergelak besar sebab, jika kita tahu tepat maklumat yang diperolehi, tidak mengapa andai dibuat begitu. Majoriti yang dapat e-mel atau cerita-buah-mulut dari orang lain ini akan terus mempercayainya. Tetapi kalau mahu diboikot semuanya dari senarai tersebut, lagi-lagi di Malaysia, antara kesan yang MUNGKIN dihadapi ialah:

  • syarikat-syarikat yang terbabit akan menghadapi masalah kewangan dalam menjalankan perniagaan harian;
  • ia akan berlanjutan kepada pembuangan pekerja (majoriti rakyat Malaysia) atas dasar untuk mengurangkan kos operasi;
  • hilang keyakinan pelaburan dari luar negara yang kukuh seperti Jepun dan dari negara-negara Arab;
  • dan berlarutan sehingga menjejaskan ekonomi negara;
  • yang mungkin akan memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada aliran mata wang sedunia.

Bukan tidak boleh boikot, tapi mesti dibuat dengan bersikap rasional. Fikir dahulu sebelum bertindak. Jika boikot pun tetapi menderma seringgit pun susah untuk bantuan kepada Palestin, macam mana? Cara paling mudah untuk langkah pertama, tukar produk yang digunakan kepada produk buatan tempatan. Seterusnya bersatu sebagai umatNya. Dan akhir sekali, nawaitu diri sendiri.

Calo~