Pindah Pejabat

Salam.

Semalam aku penat-letih angkat barang yang tak seberapa banyak tapi berat-berat (2 eMac pun dah mengah), pindah pejabat lah katakan. Lepas kelam-kabut siapkan kerja pelanggan kami pukul 8 malam; aku, bos aku Peggy dengan PR kami Darlene kemas semua barang dan angkut masuk kereta mereka. Kami berpindah dari Megan Avenue 1 ke Miharja. Nama syarikat pun bertukar baru. Lokasi baru. Dan tak lama lagi, akan ada pekerja baru ^_^

Office 01 Office 02
Yang kanan tu pintu masuk pejabat kami di tingkat 2. Depan terus ke bilik big boss, pantry dan tandas. Kiri bilik mesyuarat. Sini macam ruang tamu. Berehat, jumpa pelanggan pun boleh. Pintu tu nak pergi ke studio grafik.

Jadi bermula hari ini, Rabu, 7 Januari 2009, aku berpakaian suka hati datang bekerja di Miharja pulak😀 hahaha.. Sebahagian besar dari aku sudah kembali semula ke Cheras. Wah! Kenangan yang banyak jugak tu. Lagi pun kalau nanti aku ulang-alik ke hospital pun senang sebab dah dekat. Pusat bandar pun sebenarnya takde lah jauh sangat dah. Dan yang paling penting, tempat makan murah dan sedap aku nak kena survey sekejap lagi ni😛 hehehe..

Office 03 Office 04
Ini dalam studio grafik. Yang depan sana tu untuk bakal Art Director aku yang tak lama lagi akan dilantik seorang. Ha! Yang depan sana sebelah kiri tu baru tempat aku. Section aku kena besar lagi. Lagi pun nanti akan ada seorang lagi designer masuk di situ jugak.

Walaupun masih bersepah barang-barang tapi, suasana dalam pejabat pun tenang dan sangat menarik! Mood nak bekerja dan cari idea mungkin lagi cepat dapat dijana. Chewah! Harap-harap pejabat baru ni dapat jugak jana resolusi tahun baru 2009 aku🙂 Amin.

Calo~

3 Responses to “Pindah Pejabat”

  1. wan mohd meiji Says:

    wah~ keadaan yg menyenangkan!! nak apple..nak apple. suppa kk~ harap idea ko makin maju pasni. renung2 kan la dan selamat beramal..

  2. aminul Says:

    cantik… tapi sila letak gambar aku di dinding..okay…

  3. putri hirda Says:

    peh..opis best sey..
    besonye…
    ye la..kije kat opis kitorg x selese erk??
    huhuhu…

    bru kije bpe buln da kne interview org ker?
    hebat r..
    hihihihi..

    aniway, bile nak lanje i nih…
    sampi dah pindh jauhdah..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: