Bukit Bintang

Salam.

Semalam masa jalan-jalan di Bukit Bintang, ternampak satu persembahan menarik di depan Maybank. Ada seseorang yang membuat lagak seperti patung. Memang jadi tumpuan ramai lah dia masa tu. Aku perhati je sambil-sambil tunggu Mijie. Tapi kesian juga pada orang tu sebab kadang-kadang dalam usaha dia untuk tidak bergerak semaksima mungkin, nampak jugak tergerak-gerak sikit sebab gangguan orang ramai yang tak pernah tengok, dan lagi memburukkan keadaan dengan asap rokok yang ganggu tumpuan dia! :o  Tak baik tauw….

People Statue

Lepas tu sebelum balik aku dengan Mijie terjumpa satu restoran yang tenang dan best. U-Cafe namanya. Makanan dia pun ‘tak lah jahat sangat’ (not so bad). Aku cuba asam laksa salmon dengan air coklat panas. Mijie pula cuba club sandwiches dengan hazelnut milk. Harga pun sedang-sedang ok lah bagi restoran yang macam ni😛 hehehe.. Lain kali kalau tanya pilihan makanan di Sungei Wang, boleh lah aku cadangkan lagi di situ. Tapi kira dulu lah duit dalam beg duit sebelum masuk ye😀 hehe..

Asam Laksa Salmon Club Sandwiches

Calo~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: