Boikot Sana Sini?

Salam.

Sejak akhir-akhir ini, rejim zionis semakin bertindak berleluasa terhadap rakyat Palestin. Kekejaman mereka yang memang tidak boleh dimaafkan, bagaimanapun ‘kurang diberi perhatian’ oleh pihak berkuasa besar dunia. Amerika, Britain, dan lain-lain bahkan negara-negara Arab sendiri bagaikan endah tidak peduli sahaja. Begitu senang mereka memandang enteng terhadap negara seagama dan sejiran mereka.

Susulan itu, pelbagai kempen dibuat oleh pelbagai negara lain, termasuk Malaysia. Tun Dr Mahathir sendiri mencadangkan secara terbuka untuk memboikot semua produk dari Amerika. Cadangan beliau ada pro dan kontranya. Tapi ramai yang menyokong walaupun secara diam-diam. E-mel berantai tentang senarai-senarai barangan yahudi dan menyokong Israel juga ada disebarkan secara meluas.

Akan tetapi, aku hampir tergelak besar sebab, jika kita tahu tepat maklumat yang diperolehi, tidak mengapa andai dibuat begitu. Majoriti yang dapat e-mel atau cerita-buah-mulut dari orang lain ini akan terus mempercayainya. Tetapi kalau mahu diboikot semuanya dari senarai tersebut, lagi-lagi di Malaysia, antara kesan yang MUNGKIN dihadapi ialah:

  • syarikat-syarikat yang terbabit akan menghadapi masalah kewangan dalam menjalankan perniagaan harian;
  • ia akan berlanjutan kepada pembuangan pekerja (majoriti rakyat Malaysia) atas dasar untuk mengurangkan kos operasi;
  • hilang keyakinan pelaburan dari luar negara yang kukuh seperti Jepun dan dari negara-negara Arab;
  • dan berlarutan sehingga menjejaskan ekonomi negara;
  • yang mungkin akan memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada aliran mata wang sedunia.

Bukan tidak boleh boikot, tapi mesti dibuat dengan bersikap rasional. Fikir dahulu sebelum bertindak. Jika boikot pun tetapi menderma seringgit pun susah untuk bantuan kepada Palestin, macam mana? Cara paling mudah untuk langkah pertama, tukar produk yang digunakan kepada produk buatan tempatan. Seterusnya bersatu sebagai umatNya. Dan akhir sekali, nawaitu diri sendiri.

Calo~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: