Masa Untuk Berubah

Salam.

Haa.. tajuk tu bukan cerita pasal salah satu motto syarikat telco di Malaysia ni tau.😛 Dua-tiga hari ni aku asyik terbaca / tertengok berita tentang perubahan-perubahan yang berlaku. Ada beberapa berita yang menarik perhatian aku, iaitu seperti:

  • Meet Uncle Hussein masuk Anugerah Juara Lagu 23 (AJL) peringkat akhir yang mana aku sedang tonton sekarang ni di TV3. Viva La Indie!~😛 kekekeke.. Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik. Farahwahida dapat Juara Kategori Etnik. Kategori Balada pula jatuh kepada Faizal Tahir. Dan kemuncaknya Kategori Pop Rock dimenangi oleh Meet Uncle Hussein, yang juga selepas itu dinobatkan sebagai JUARA LAGU AJL 23!~ Wohoo..!!~
  • Estrella merangkul 3 anugerah dari 4 pencalonan di Voice Independent Music Award (Vima) yang pertama semalam (Sabtu). Anugerah yang mereka menang ialah Lagu Pop Terbaik (dengan lagu “Stay”), Kumpulan Pop Terbaik dan Vokalis Pop Terbaik. Tetapi Yuna menang salah satu anugerah utama – Nyanyian Pop Terbaik.
  • Semalam juga Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2361 undian. BN menang kerusi tersebut pada piliharaya umum Mac 2008. (p/s: aku bukan pemerhati mahupun penyokong mana-mana parti politik. Politic sucks!)
  • Rejim zionis Israel semakin melangkah jauh ke dalam bandar Gaza dan membunuh lebih banyak orang awam Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak. Penaklukan yang sudah masuk hari ke-23 (jika tidak salah kiraan aku) ini semakin mendapat bantahan oleh hampir seluruh masyarakat di dunia akan tetapi mereka yang menggelarkan diri sendiri sebagai pemimpin-pemimpin utama sedunia masih lagi mendiamkan diri.
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan KL Sentral akan ditutup bermula 6 Februari untuk pembinaan bangunan pejabat dan hotel yang mengambil masa 4 tahun. Berkuatkuasa dari tarikh itu, sesetengah perkhidmatan bas tidak akan masuk ke dalam untuk mengambil dan menurunkan penumpang, dan laluan pejalan kaki di antara KL Sentral dengan Brickfields akan ditutup. Tetapi bagus lah bas U82 ke Damansara Utama / TTDI masih lagi di situ.
  • Menteri Pengangkutan mencadangkan supaya dibuat larangan kepada pengusaha-pengusaha syarikat bas ekspress dari menyediakan perkhidmatan perjalanan bas ekspress pada waktu malam dan dinihari. Alasannya, mengelakkan tragedi nahas dari semakin meningkat.

Ada lagi beberapa perubahan yang berlaku, sama ada sekeliling aku ataupun di seluruh dunia. Hal ini bagi aku amat positif memandangkan tahun baru 2009 masih lagi belum cukup sebulan usianya.😉 Aku harap perubahan-perubahan positif akan terus-menerus lahir dan yang negatif dibiarkan berlalu pergi tanpa ditoleh. InsyaAllah, Amin.😀

Calo~

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: