Malang Tidak Berbau

Salam.

Ini ada satu kejadian semalam dimana aku bawak kereta Careta dalam perjalanan dari rumah nak pergi ambil dia di Jalan Kuching. Kami ni nak pergi kelas Capoeira pukul 4 mula. Aku keluar dari rumah pun pukul 3.10 petang. Dan tak sangka pulak aku yang jalan raya dah mula ‘sesak-sesak manja’ dengan kereta yang banyak. Dari situ aku dah mula rasa tak sedap hati.

Kejadian pertama, aku salah masuk selekoh yang mana di MRR2 selepas Batu Caves, sepatutnya aku ambil lorong kiri ke bulatan Batu Caves then ambil selekoh ke Kepong, jadi dari situ cepat lah sampai ke Jalan Kuching. Tapi aku dah naik flyover, jalan je lah terus, ingatkan boleh pusing semula dari Petaling Jaya macam aku selalu lalu dari rumah nak ke Taman Tun Dr. Ismail.

Tetapi selepas tu jadi lah pulak kejadian kedua yang mengejutkan aku. Buat kali pertamanya, selepas UOA Damansara tu, aku masuk kiri yang nak menuju ke Jalan Duta, dalam keadaan hujan renyai-renyai dan jalan lecah, langsung menyebabkan aku kemalangan.😮 Dalam keadaan turun selekoh ke kiri tu lah kereta boleh berpusing 180 darjah!!

Sempat lah aku tengok depan dan belakang ada kereta atau tidak – nasib baik takde. Tapi dalam masa sama aku pegang kuat stereng dan kawal nak betulkan semula arah. Dalam kepala otak aku cuma pikir “Jangan lah langgar divider tepi jalan tu atau jangan lah berpusing kereta sampai terbalik!!” Alhamdulillah, bila kereta berhenti berpusing (yang mana sekarang aku dalam posisi pandang lawan arus), aku terus reverse sikit ke belakang. Jadi kereta yang datang nanti takde lah terkejut sangat tiba-tiba turun selekoh ada kereta di tengah-tengah jalan.

Aku pasang double signal, keluar dari kereta, belek-belek keliling kereta ada apa-apa masalah tak. Lepas agak-agak dah ok, aku cuba u-turn betulkan semula ke arah yang betul – iaitu belakang aku. Pergi ambil Careta, lepas tu pergi kelas Capoeira. Aku dah lambat 10 minit….😛

Malam tu masa makan malam ramai-ramai di Rasta, baru lah aku beritahu Careta.😛 Minta maaf banyak-banyak yeee….🙂 Alhamdulillah kereta ok lagi dan aku selamat. Sekali lagi aku belajar pengalaman baru.

Calo~

Tags: , , , ,

4 Responses to “Malang Tidak Berbau”

  1. ashraf Says:

    kereta sape la kamu bawakk…bawak keta cam yahudi nasib tak eksiden teruk..kui kui

  2. wan mojjo Says:

    tu la, byk tgk lg citer fast & furious..alhamdulillah ko selamat. klu x, sape lg aku nak peluk malam2… >_<

  3. catalystshutter Says:

    nk tye brader blaja capoeira kt mn ya?

  4. Trans Bagwell Says:

    Google “Capoeira Camara Malaysia”. Kelas Capoeira ada di Taman Tun Dr Ismail.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: