Cuti Hari Wilayah

Salam.

Semalam aku bercuti lagi tapi kali ini sempena sambutan Hari Wilayah (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja) pada setiap 1 Februari. Tapi hari aku banyak dihabiskan keluar ke sekitar KL. Dengan siapa? Biar lah rahsia.😛 hahahaha.. Macam poyo je pulak ayat ni….

Ok, pagi tu aku bawak dia pergi sarapan, biar dia cuba rasa nasi dagang best di Wangsa Melawati. haha.. Memang hot sizzle lah lepas tu😀 kekekeke… Lepas tu pergi Bukit Bintang, dia nak format laptop. Hantar 10.30 pagi dan mamat warga asing tu (Pakistan kot) cakap sejam setengah boleh siap, tapi akhirnya pukul 5.30 baru kami boleh ambil, selepas 2 kali datang. Cam sial je.

Jadi dalam masa menunggu tu, kami tawaf lah habis Sg Wang Plaza / BB Plaza dan disambung pula jalan-jalan ke Pavilion. Sempat juga lah tengok persembahan tarian naga sempena sambutan Tahun Baru Cina ^_^ Lewat petang dalam perjalanan balik, singgah makan keropok jap di Taman Tasik Titiwangsa. Hujan-hujan macam ni memang syiok layan keropok. Pehh.. :d hehehe..

Lepas tu malam masa aku di rumah, Mijie baru balik, rupanya dia pun keluar ke lokasi yang sama dengan aku pergi semalam.😛 hahahaha.. Nasib baik tak kantoi.😀 laaalalalalala…

Calo~

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: