Archive for March, 2009

Why Oh Chicken? Why?

March 31, 2009

Salam.

Tadi sambil-sambil meluncur laman sesawang (web surfing) aku terjumpa satu artikel berkaitan tapi ‘fakta’ lain-lain. Agak menarik lah tiga-tiga perkara tu jadi kalau nak baca, ada kat bawah ni. Aku pun rasa bukan tiga ni je, banyak version lagi ada kat sana tu.

Calo~

Chicken

Why did the chicken cross the road?

(more…)

Advertisements

Putus Hubungan

March 30, 2009

Salam.

Jangan salah sangka dengan tajuk di atas tu 😛 hehehe…. Jumaat lepas aku nak update blog dari rumah, tapi wifi connection pulak takde. Sabtu aku sampi rumah 2.30 pagi terus tidur. Letih sangat. Ahad semalam lepas habis latihan Capoeira, lepak-lepak makan minum, balik rumah pukul 8, wifi connection pun takde lagi. Sigh~

Sekarang di pejabat, malas nak kacau waktu bekerja aku. Malam nanti lah apa-apa hal.., itu pun kalau wifi connection ada.

Calo~

Baju Pemberian Kawan

March 27, 2009

Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya.

Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengan bajunya hangus…

Ramli : Tak apalah… Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.

Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.

Totem Tantra

March 26, 2009

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

(more…)

Siapa Yang Salah?

March 25, 2009

Salam.

Semalam ada satu kes masa aku baru nak keluar dari lrt di stesen Pandan Jaya. Sebelum pintu bukak aku ada nampak seorang pakcik (mamat?) yang reaksinya macam tak sabar-sabar nak masuk. Dengan situasi orang yang ramai dalam lrt tu, aku yakin yang pakcik tu boleh faham sepatutnya bagi laluan dulu orang dalam lrt untuk keluar.

Tetapi bila pintu lrt dibuka je, terus laju-laju dia jalan nak masuk ke dalam, yang mana betul-betul berhenti depan aku yang nak keluar. Aku dah mula bengang, aku block dia sebab aku sendiri pun dah tak boleh ke kiri kanan atau ke belakang semula. Orang lain pun ramai lagi nak keluar lrt. Tapi dia langgar jugak dan masuk sambil maki hamun “Pu%# mak betul! sialan!”

Aku dalam masa sama pun sound dia “Bagi lah orang lain keluar dulu baru boleh masuk! Otak takde ke?!” Tapi dari luar, aku nampak yang dia macam mengomel seorang diri lagi dan muka marah-marah. Aku pun ready je kalau-kalau dia ‘tak puas hati’ lagi dengan aku. huhu…

Siapa yang salah ni?

Calo~

Pingu Dijumpai Di Kedah

March 24, 2009

Photobucket

hahahaha… tak tau siapa dia ni tapi gambar ni memang lucu.. 😛 Lokasi di Sungai Petani, Kedah.

Capoeira Song Lyrics

March 23, 2009

Capoeira se me chamar eu vou
Mestre Oscar

Capoeira se me chamar eu vou
Capoeira se me chamar eu vou

(more…)

Belajar Loghat Ganu

March 22, 2009

Kaly arung – Sekaligus

Air geh – Air berkabonat

Jauh sapok – Teramatlah jauhnya

Panah terik – Panas yang teramat sangat

Comel lote – Comel yang amat

(more…)

Makcik.. Makcik..

March 20, 2009

Suatu hari.. seorang makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer.

Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.

Malam tu, time penyelidik tu nak mandi.. maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu.. hensem lagi.. muda lagi.. Makcik tu pun ‘semacam’ ler.. dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi….

Makcik nie kantoi sekali dengan pemuda tu.

Kali keduanya pun kantoi… nak ngendap nie.

Kali ketiganya.. pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. “Kalau makcik ngendap saya sekali lagi… saya rogol makcik!!!” Kemudian makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata…

” JANJI TAU..!!”

Super Bid

March 19, 2009

Salam.

Semalam aku sempat lah melibatkan diri dengan acara tawaran harga jual-beli di Lelong.com.my. Pada awalnya aku nak cuba nasib sebab banyak barang dimulakan dengan tawaran serendah RM1, termasuk lah PSP. Acara Super Bid dengan motto “Wednesday Gone Crazy” ini hanya dibuat untuk satu tempoh tertentu yang mana minggu depan lah minggu terakhir. Lepas ni takde dah. Dan tempoh lelongan untuk setiap Rabu hanya dibuka untuk sejam. Tapi baru 10 minit pertama aku ‘perhatikan’ situasi, aku tengok semua orang naik gila, terutamanya pada PSP.

(more…)