Super Bid

Salam.

Semalam aku sempat lah melibatkan diri dengan acara tawaran harga jual-beli di Lelong.com.my. Pada awalnya aku nak cuba nasib sebab banyak barang dimulakan dengan tawaran serendah RM1, termasuk lah PSP. Acara Super Bid dengan motto “Wednesday Gone Crazy” ini hanya dibuat untuk satu tempoh tertentu yang mana minggu depan lah minggu terakhir. Lepas ni takde dah. Dan tempoh lelongan untuk setiap Rabu hanya dibuka untuk sejam. Tapi baru 10 minit pertama aku ‘perhatikan’ situasi, aku tengok semua orang naik gila, terutamanya pada PSP.

bid 2

Kalau nak dibandingkan harga di pasaran (mengikut kata penjual tu), PSP 3009 ni berharga RM899. Tapi dalam masa 10 minit tawaran saingan harga dah mencecah RM500!😮 Gila ke ape?! Dan aku terus ikut perkembangan lelong PSP tu sampai ke minit-minit terakhir.

bid 3

Bila dah tinggal 5 minit lagi masa tamat pun ada lagi yang cuba lawan harga pesaing lain (memang masing-masing tunggu saat terakhir pun) sampai dah mencecah RM860. Dan akhirnya sampai takde orang dah berani lawan harga, sebab memang dah cecah tahap tak munasabah pun – RM868 hanya untuk Sony PSP 3006!!

bid 1

Masa tu aku cuma pikir “Dalam masa gawat ni pun ada lagi yang shopping tak guna kepala otak dengan betul”. Apa-apa je lah. Semoga berjaya pada mamat tu. hahaha… Ohya, aku gagal lawan harga untuk wallet Fossil😦 huhuhu…

Calo~

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: