Siapa Yang Salah?

Salam.

Semalam ada satu kes masa aku baru nak keluar dari lrt di stesen Pandan Jaya. Sebelum pintu bukak aku ada nampak seorang pakcik (mamat?) yang reaksinya macam tak sabar-sabar nak masuk. Dengan situasi orang yang ramai dalam lrt tu, aku yakin yang pakcik tu boleh faham sepatutnya bagi laluan dulu orang dalam lrt untuk keluar.

Tetapi bila pintu lrt dibuka je, terus laju-laju dia jalan nak masuk ke dalam, yang mana betul-betul berhenti depan aku yang nak keluar. Aku dah mula bengang, aku block dia sebab aku sendiri pun dah tak boleh ke kiri kanan atau ke belakang semula. Orang lain pun ramai lagi nak keluar lrt. Tapi dia langgar jugak dan masuk sambil maki hamun “Pu%# mak betul! sialan!”

Aku dalam masa sama pun sound dia “Bagi lah orang lain keluar dulu baru boleh masuk! Otak takde ke?!” Tapi dari luar, aku nampak yang dia macam mengomel seorang diri lagi dan muka marah-marah. Aku pun ready je kalau-kalau dia ‘tak puas hati’ lagi dengan aku. huhu…

Siapa yang salah ni?

Calo~

3 Responses to “Siapa Yang Salah?”

  1. riz Says:

    ko yg salah.

    sbb ko tak pegi pelampuk kepale pakcik tu dulu lepas dia maki hamun ko.
    😛

  2. Kamen Rider Monarki Says:

    Ko yg salah sbb tak pakai teknik rahsia “marah org len sambil sindir org len”. hahaha. kalo aq ada kat situ sdp dah kne sindir org tu, kalo dia tak puas hati mari la, ketapi tu ada letrik kat bwh, muahahahahahaha

  3. estatua Says:

    uu…aku paling pantang dgn benda2 nih…nak je aku tengking, tapi tak mampu…haha…
    ko kene baca entry blog budak ni:
    http://nakaelsidek.blogspot.com/2009/02/really-blue-monday-lrt-is-full-you.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: