Masalah Generasi Baru

Salam.

ANAK-ANAK generasi lama tidak betah di rumah, ada sahaja aktiviti luar yang mereka lakukan dan bayang mereka hanya menjengah rumah ketika azan Maghrib berkemundang. Namun, senario kehidupan kini terlalu jauh berbeza.

Urusan sekolah anak-anak saja sudah memakan masa hampir seharian manakala selebihnya diluangkan di hadapan televisyen atau komputer. Lantas, tidak hairan jika masalah anak-anak yang kegemukan akibat kekurangan aktiviti fizikal (serta pemakanan tidak terkawal) kian banyak diperkatakan baik di negara ini atau di seluruh dunia.

Aku berminat dengan artikel berita ini dalam Harian Metro online hari ini. Tak perlu lah aku review semua dari akhbar tu tapi aku nak bagi pandangan aku pasal hal yang berkaitan ini. Kalau diperhatikan betul-betul, memang nampak perbezaan ketara antara budak-budak zaman sekarang dengan budak-budak zaman 80-90an (aku istilahkan sebagai budak-budak untuk merujuk kepada kanak-kanak dan remaja). Aku cuba jelaskan dengan ambil pendekatan yang terdekat.

Aku dulu sejak darjah 6 aku dah gatal tangan nak cuba macam-macam aktiviti :p haha… antara yang aku buat, walaupun biasa je tapi kayuh basikal sampai entah ke mana-mana (konon-konon jelajah kawasan baru lah) memang seronok. Lagi pulak dengan kawan-kawan ramai dan sepupu. Kemudian keluar masuk hutan, turun naik bukit (di kampung aku ada satu namanya Bukit Bay Route). Selain tu aku join pengakap, sempat lah pergi jamboree camping (di sekolah je pun). Masuk sekolah menengah, lagi lah aku tak lekat di rumah. Aku dah mula belajar Capoeira masa ni, aku belajar silat sikit-sikit, wall climbing; senang kata aku dah mula aktif dengan aktiviti berpersatuan dan belia. Mula dari tingkatan 4 sampai habis kolej, aku dah mula misi jelajah Malaysia😀 Aku travel tengok negeri orang lain, pergi camping sana-sini, cuba pelbagai aktiviti luar dan lasak, dan lain-lain.

Tapi kalau bandingkan dengan budak-budak sekarang, habis sekolah pun dah petang, balik rumah main computer games atau layan PS. Malam ‘merayap’ naik motor. Aku ada selalu dengar sendiri budak-budak sekarang yang bagi alasan jauh atau letih kalau nak pergi satu-satu tempat, sedangkan kedai tu (sebagai contoh) satu blok je dari rumah. Takde langsung rasa nak buat sesuatu yang baru dan mencabar. Jalan kaki sikit pun taknak, bagi macam-macam alasan.

Makan pun salah satu perkara kat sini. Cara dan apa yang dimakan memang takde kawalan langsung dah. Main bedal je dengan minyak berganda dengan manis minuman lagi dengan fast food/junk food lagi. Obesiti/kegemukan dan penyakit-penyakit lain cepat je merebak dalam usia muda budak-budak sekarang. Merokok menggandakan lagi usaha mereka untuk menjahanamkan kesihatan diri sendiri. Penyakit malas pun makin menjadi-jadi. Aku cuma harap takde lah sampai tahap kronik – makan tanggung tidur didukung.

Cukup lah apa yang aku mengarut hari ini. Cuma harap mesej ni difahami dan sampai pada siapa-siapa yang sedar situasi sekarang. Tepuk dada tanya selera. Kalau tepuk dada kawan tanya “nak gaduh ke tak?” :p hahaha.. Lu pikir lah sendiri.

Calo~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: