Putar Fakta

Salam.

Isu kali ini aku nak luahkan sedikit pasal apa yang dah terjadi sejak kebelakangan ini. Topik kali ini ialah – Capoeira. Umum sedia maklum apa itu Capoeira dan jugak dah tahu yang aku pun pelatih Capoeira (diulang – pelatih; masih belajar, bukan pengajar). Jadi pada pendapat aku, tak perlu lagi aku bebelkan pasal sejarah Capoeira ataupun huraikan maklumat lanjut tentang apa itu Capoeira (kalau tak tahu tentang group Capoeira yang aku join, check info di sini).

Pertama – Aku ada perhatikan ada salah satu group Capoeira di Kuala Lumpur yang dah mula libatkan diri dengan kerajaan. Bukan maksud aku mereka terlibat dengan politik, tapi terlibat secara tidak langsung dengan program/aktiviti belia dibawah kerajaan. Aku tak salahkan mereka sebab dengan cara ini kita boleh mempromosikan Capoeira ke seluruh negara secara ‘besar-besaran’. Tapi aku khuatir dengan cara ‘pihak terlibat’ yang nak uruskan seni beladiri ini.

Dari apa yang aku fahamkan dari program ini, siapa-siapa sahaja boleh sertai group Capoeira itu, DAN boleh bukak ‘persatuan’ Capoeira baru. Persoalannya, macam mana dengan pengiktirafan jurulatih? Adakah tenaga pengajar yang sah dibawa dari Brazil ataupun andai siapa tahu pergerakan asas sudah boleh mengajar? Harus diingat, sedangkan orang Brazil sendiri yang belajar Capoeira dari kecil pun susah nak naik level ke Instructor apatah lagi level Master, inikan pula kita yang baru setahun jagung berjinak-jinak dengan seni beladiri ini.

Kedua – Satu lagi kes tentang satu lagi ‘group‘ Capoeira yang dalam bulan April ini sahaja dah dua kali keluar artikel pasal mereka dalam tabloid. Harap maklum yang aku tak cemburu langsung tentang promosi itu, tapi aku malu sebab rakyat Malaysia sendiri yang terlibat. Tolong jawab beberapa soalan bagi pihak aku boleh tak? Siapa yang tenaga pengajar? Apa kelayakan yang korang dah dapat untuk layak mengajar? Dari mana dapat? Siapa iktiraf?

Macam yang aku cakap tadi, orang Brazil sendiri pun susah nak layak untuk mengajar Capoeira, inikan kita rakyat Malaysia yang belajar warisan seni negara mereka. Bayangkan kalau orang Brazil belajar silat 6 bulan / ataupun baru tengok cerita/dokumentari pasal silat, kemudian dia balik negara asal dan gelar diri sendiri sebagai jurulatih atau master silat, bukak kelas silat di sana. Apa kita nak cakap? Apa boleh kita buat?

Macam kes ini, kesudahannya sejarah pun putar fakta, maklumat tak tepat, dan yang diceritakan dah bukan lagi pasal seni beladiri dan tarian Afro-Brazilian yang unik tapi cerita tentang sarkas dan badut. Oh? Kenapa sarkas dan badut? Sebab Capoeira bukan untuk diceritakan tentang akrobatik. Kalau nak cerita pasal akrobatik, lagi elok join sarkas. Sebab Capoeira juga bukan untuk diceritakan tentang nama pergerakan yang tak pernah wujud tapi main hentam kromo je cakap. Itu dah jadi badut.

Ketiga – Aku bukan lah nak cakap yang aku nih betul ataupun sentiasa betul, tetapi bila ada satu-satu perkara yang tak tahu, sama-sama lah mengingati satu sama lain. Jangan berlagak pandai dan bodoh sombong. Dalam kes dan situasi ini, aku tak marah sebab diakhirnya orang-orang yang ketawa (sebab hal ini kelakar), diantaranya ialah aku!

Gerupo Artgame???!! harharharharharharhar….😀

Calo~

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: