Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

Salam.

Baru-baru ini aku ada dapat satu link menarik untuk dibaca. Artikel oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Negeri Perlis. Komen beliau mengenai cara hidup orang zaman sekarang yang didapati berzina lagi senang daripada berkahwin.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Betul. Ada yang selalu aku dengar permintaan dari pihak keluarga dengan wang hantaran dan mas kahwin yang tinggi, ibarat menjual anak. Alasannya, anak perempuan berkelulusan ijazah lah, atau master lah, dan bekerja memegang jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat tempatan atau antarabangsa yang terkemuka. Yang menjadi mangsanya – bakal pengantin lelaki.

Sesetengah bakal pengantin perempuan mungkin akan menilai dari segi “berapakah tahap kesanggupan bakal suami aku untuk memperisterikan aku” dengan menyokong ibu bapa meletakkan wang hantaran tinggi. Tetapi adakah sudah difikirkan kesan dan akibatnya selepas berkahwin nanti, andai bakal pengantin lelaki yang mahu tidak mahu terpaksa bergolok gadai berhutang-piung melebihi had kemampuan diri untuk berkahwin?

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Artikel dari beliau ada menyentuh secara menyeluruh mengenai institusi perkahwinan yang boleh dikatakan ada betul dan salahnya. Jika diteliti, Islam tidak menyusahkan penganutnya untuk sesuatu perkara yang baik, seperti mendirikan masjid ini. Jika diteruskan begini, semata-mata untuk menjaga taraf demi keangkuhan keluarga, maka ramai lah lagi bakal pengantin yang bakal menderita dari pelbagai aspek.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Arakian begitu lah yang dikatakan. Jika majlis perkahwinan aku pun nanti, Insyaallah aku sendiri tidak mahu majlis besar-besaran siap dengan lembu kambing tumbang atau menjemput seluruh negara ke majlis. Cukup lah sekadar akad nikah dengan disaksikan orang-orang yang rapat dan kenalan aku, serta sedikit jamuan yang tidak berunsurkan riak dan menunjuk-nunjuk. Insyaallah. Itu pun bergantung kepada bakal pengantin perempuan juga lah. :p hehehe… Apa-apa pun biarlah majlis perkahwinan itu sempurna dan memadai lah dengan yang utama yang disyaratkan oleh Islam sahaja.

Untuk artikel penuh, boleh dibaca di http://drmaza.com. Satu artikel yang mesti dibaca dan dikongsi bersama.

Calo~

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: