Hariskah Begitu?

Salam.

Pertama sekali, jangan salah sangka dengan tajuk artikel hari ini. Sememangnya memang aku sengaja buat pengubahan ejaan begitu. Sebab satu, merujuk kepada cerita yang hendak dirungkaikan hari ini yang mengejutkan aku dan segelintir rakan-rakan lain. Sila baca sebetulnya – “Haruskah Begitu?” Dan sebab dua, tajuk itu tersembunyi nama watak yang hendak diceritakan kali ini.

Awal tahun ini aku dikejutkan dengan berita mengenai seorang suami yang membungkus isterinya di dalam guni dengan hampir mencampaknya ke gaung (atau laut / sungai dari jambatan?) Bagi aku itu memang mengejutkan betapa kejamnya si suami! Dan aku juga tidak sangka yang lokasi kejadian tersebut berlaku di Kuantan! Tapi aku tidak tahu lagi siapakah pesalah dan mangsa tersebut.

Agak lama cerita itu senyap sebelum keluar semula didalam akhbar hari minggu lepas – lengkap dengan nama penuh pesalah dan mangsa serta gambar pesalah. Malah berita tersebut keluar pada 2 akhbar berlainan. Dan amat memeranjatkan aku kerana aku kenal pesalah dan mangsa tersebut! Memang aku tidak sangka yang mereka akan menghadapi situasi tersebut. Entah apa salah si isteri sehingga diperlakukan oleh suaminya sedemikian.

Merungkap cerita tersebut, sebenarnya pesalah dan mangsa aku kenal dari tempat aku belajar di sebuah kolej ‘terkemuka’ di Kuantan tidak lama dahulu. Dari dulu memang ciri-ciri samseng ada pada pesalah tersebut. Malah pernah timbul kes sehingga melibatkan polis diantara dia, salah seorang pekerjanya dan kawan-kawan aku yang menyewa rumah tidak jauh dari kolej tersebut. Ada juga hutang yang dia masih belum bayar kepada aku dan kawan aku selepas ‘bekerja’ mengedarkan kertas risalah promosi di sekitar bandar Kuantan.

Tidak perlu lah aku sebut namanya atau mangsa, mahupun di mana aku belajar dulu. Cukup lah dengan pengalaman yang aku ada sepanjang aku belajar di kolej informasi dan teknologi tersebut selama 2 tahun setengah. :p hehehe…

Calo~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: