Depressed

Salam.

Semalam konon-konon aku nak pergi wall climbing kat Shah Alam dengan San, Elf, Rahim, dan Farah. Tapi sampai jam 5 petang pun belum buat apa-apa keputusan, jadi aku buat kesimpulan sendiri yang mereka sibuk, tak boleh wall climbing. Jadi lepas tu aku habis je kerja jam 6.30, cepat-cepat aku cabut kejar 2 lrt ke (TGV) KLCC untuk tayangan filem Public Enemies jam 6.45 petang! hahahaha… Tapi aku masuk panggung jam 7 :p hehehe…

Secara keseluruhan, filem ini memang bagus dan baik. Ala-ala filem zaman koboi pun ada juga dengan babak tembak-menembak lagi apa bagai. Dan macam biasa, lakonan Johnny Depp sebagai John Dillinger memang marvelous tahap gaban punya lah! Ekspresi dia juga setiap kali menghadapi situasi bahaya atau masalah memang betul-betul tenang setenang air di muara. Cheewaahh.. ayat tak boleh blah. hehehe… Satu filem yang disarankan untuk ditonton oleh semua orang.

Lagi pun satu hal semalam aku tak rancang nak tengok wayang pun. Filem pun aku main pilih je yang menarik daripada senarai filem menarik. Tambahan pula semalam aku betul-betul rasa down, effect sampai tak bersemangat nak pergi wall climbing.

Mungkin elok kot aku cuba cool down dan menyendiri untuk sementara waktu. Sigh….

Calo~

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: