No Human Allowed

Salam.

Haaa… Itu lah tajuk salah satu ayat yang ada pada promosi / kempen filem District 9 yang baru aku pergi sneak preview malam semalam di Cineleisure, e@Curve. Filem hasil Peter Jackson ini kalau diikutkan mula-mula keluar iklan, trailer dan kempen poster apa bagai semua tu pun dah menarik perhatian ramai orang (termasuk aku) untuk menonton dan mengetahui apa kaitan dan ceritanya antara makhluk asing dengan manusia dalam filem ini.

Tetapi selepas lebih kurang sejam setengah tayangan filem ini, aku rasa macam – agak memeningkan kepala dan bosan. Sesiapa yang pernah tengok Cloverfield, mungkin dapat agak lah macam mana gaya penceritaan filem-filem yang ala-ala tu. Dari segi grafik komputer dan efek memang tidak dinafikan agak menarik. Tambahan lagi dengan kesan khas manusia / mahkluk asing yang meletup selepas ditembak memang nampak realistik.

Macam mana pun, District 9 macam sebuah filem tanpa motif, tanpa jalan cerita yang kukuh. Seolah-olah dibayangi corak garapan pembuat / pembikin filem bebas (indie film maker). Tapi aku cukup lah dengan komen aku ni, takde lah niat nak spoil-kan mood sesiapa yang nak tengok filem tu yang mula tayangan hari ini.

Jadi, sesiapa yang nak tengok District 9, sila pergi ke pawagam yang berhampiran anda dan – selamat menonton. Terima kasih Elf untuk special pass tayangan filem ini ^_^ Nanti ada lagi offer lah ekk.. EBC gang lain yang ada semalam Fadinha dengan Salario.

Aku bagi 2 bintang dari 5.

Calo~

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: