Hek Eleh!

Salam.

KUALA LUMPUR: Malaysia said Tuesday a caning sentence handed to a Muslim model for drinking beer would be reviewed because it was “too harsh” and could damage the nation’s reputation.

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was found guilty of drinking at a hotel nightclub and sentenced by a religious court last month, making her the first woman to face caning under Islamic law in Malaysia.

Sumber : NST Online.

Sekelip mata model sambilan ini jadi terkenal seluruh dunia, termasuk berita pasal dia keluar di CNN. Kes yang bermula di Pahang ini sudah menaikkan lagi imej kehakiman negara untuk dipersoalkan. Bermula dengan hukuman yang dikenakan dianggap sebagai ‘yang pertama’ hendak dilakukan di Malaysia, diikuti ‘pembebasan sementara’ dia atas alasan menghormati bulan Ramadhan, sehingga lah seorang menteri wanita campur tangan mengatakan hukuman ini terlalu kejam dan boleh merosakkan imej negara.

Pertama: Kenapa mesti dijatuhkan hukuman rotan sebab minum arak itu pada dia seorang sahaja? Ramai lagi di luar sana tu yang tanpa segan silu minum air kencing setan tersebut, tangkap lah! Rotan juga! Jangan main-main hukum!

Kedua: Hukuman yang dijatuhkan mahkamah syariah itu belum mengikut hukum hudud lagi. Baru duniawi beb. Kat ‘sana’ tu nanti macam mana haa….

Ketiga: Sudah dijatuhkan hukuman, kemudian tunda tiba-tiba, selepas itu hendak ditarik balik pula? Apa mereka ingat ini mahkamah olok-olok kah?

Keempat: Kenapa mesti ada campur tangan juga? Lagi-lagi apabila seorang menteri yang campur tangan dalam urusan dan hukuman yang telah ditentukan oleh mahkamah syariah. Tidak bolehkah menghormati sahaja keputusan tersebut?

Kelima: Bukan atas dasar perkauman atau kenegaraan; tetapi kenapa tiba-tiba pada seorang perempuan, dan juga dia adalah rakyat Indonesia, baru lah nak dikuatkuasakan dan dihukum atas kesalahan minum arak? Macam mana pula dengan segelintir lain rakyat Malaysia? YB? MB? VIP? VVIP? VVVIP?

Kesimpulannya, kalau ini kononnya negara Islam seperti yang diwar-warkan, biar lah laksanakan betul-betul mengikut panduan dan landasan yang diberi Allah dan al-Quran. Jangan pula apabila sudah dibuat hukuman yang dicipta sendiri, kemudian ditarik balik sebab desakan pihak sekeliling!

Apabila difikirkan semula, hendak malu negara sebab dia terpaksa menerima hukuman tersebut (yang hanya 6 rotan berbanding hukuman ‘di sana’ nanti); ataupun hendak malu negara sebab sistem perundangan (syariah) negara yang boleh diperkotak-katikkan dan dipersoalkan??! Lu pikir lah sendiri!

Calo~

p/s: Mungkin juga ada pihak terasa dengan hukuman tersebut? hahaha.. Takut kena jugak keeee..???!! <_< hurrmm…. Siapa makan cili dia lah yang terasa pedasnya….

Tags: , , , , , , , , ,

2 Responses to “Hek Eleh!”

  1. hazlan Says:

    Biasalah menteri yg dimaksudkan tu dia nak nama. Kononnya prihatin pada wanita. Sepatutnya menteri respek pada KARTIKA kerana tabah dan rela menghadapi hukuman sebat ni. sebaliknya tidak..malah mengatakan kes ni memalukan negara. sepatutnya kita rasa banga dengan tindakan yg dibuat oleh KARTIKA. Macam2 menteri malaysia ni…ade yg cakap tukang sebat xde, ade yg cakap hormati bulan ramadhan, Hukuman ketelaluan la…macam.

    HIDUP NI SENANG JER…
    KALAU TAK TAHU CAKAP JER TAK TAHU..
    KALAU TAHU CAKAP JER TAHU…
    JANGAN JADI ORG YG TAHU TAPI..BUAT2 TAK TAHU.(INI KES BERAT)

  2. Trans Bagwell Says:

    yup. setuju dengan komen tersebut. Terima kasih Hazlan. Tak logik alasan tukang sebat xde & konon nak hormati bulan ramadhan. Yang logiknya, ramai dari kalangan mereka yang takut akan terlibat jugak (kena sebat) kalau-kalau kena tangkap.

    Itulah sebabnya hukum hudud ditolak dan hukum ciptaan manusia diterima mereka. Buat salah tak takut, tapi dalam kes macam ni tau pulak takutnya.. sigh~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: