Hadiah Untuk 1Malaysia

Salam.

KUALA LUMPUR: The newly introduced RON 95 fuel is now priced at RM1.80 – five sen higher than the previous RM1.75.

Meanwhile, RON 97 is upgraded as a premium product and has gone up to RM2.05 from RM1.80.

Inilah salah satu permulaan hadiah untuk sokongan 1Malaysia – harga minyak naik. Memang dari 2 bulan lepas you-know-who sudah beritahu yang harga minyak akan dinaikkan, dan hendak atau tidak, kita sebagai rakyat terpaksa menurut kata pihak yang kita undi majoriti. Ini baru satu, belum lagi dikaji dari seluruh aspek dalam hidup yang akan kena tempiasnya. Biar aku tunjukkan beberapa lagi kenaikan yang mungkin / akan terlibat:

  • Tiket harian bas RapidKL sudah dimansuhkan dan kembali seperti biasa – naik dan bayar. Minima RM1 setiap kali naik bas dan maksima RM3. Bagaimana pula dengan LRT, Monorail, dan KTM? Bersedialah.
  • Harga barang-barang rumah sudah mula naik. Kita ‘mulakan’ dengan gula. Selepas ini mungkin pula kelapa, lada, beras, tepung, dan lain-lain barang yang ‘terkawal’. Apa terkawal? Harga yang dikawal oleh you-know-who ke?
  • Apabila minyak naik harga, sudah pasti kos operasi TNB untuk memproses elektrik (aku tidak tahu apa perkataan yang lebih sesuai) juga akan naik. Maka secara tidak langsung, elektrik juga akan naik tarif (seperti yang diwar-warkan oleh TNB sebelum ini, dalam sebulan lepas rasanya).
  • Apabila kebanyakan hal-hal tersebut akan naik harga juga, maka pengedar dan pembekal terpaksa mengenakan harga tinggi untuk cover semula kos pusingan modal mereka. Peniaga / peruncit akan pening kepala. Mereka juga hendak untung. Yang jadi mangsa – pengguna.

Bayangkan sengsaranya rakyat lain yang terpaksa menghadap situasi begini dalam masa kita menyambut Ramadhan dan juga Aidilfitri yang bakal menjelang. Kita ambil contoh lain; makan di luar. Sudah pasti dengan cukai kerajaan dan cukai servis yang dikenakan oleh sesetengah kedai makan sudah sediakala tidak munasabah, tetapi terpaksa pula bayar mahal untuk cover semula kos-kos bahan mentah membuat makanan tersebut.

Contoh lain yang terdekat – taraf hidup akan jadi semakin tinggi. Permintaan menurun, pengeluaran meningkat tetapi harga tidak munasabah. Jika sebelum ini gaji purata RM 2000 bagi seseorang yang bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur adalah masih dianggap tidak mencukupi, macam mana pula dengan sekarang? Kos naik, gaji tidak akan naik cepat-cepat (itu pun kalau dapat).

Terima kasih 1Malaysia!

Calo~

p/s: Aku tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, tidak juga pro atau anti kerajaan. Aku hanya sekadar meluahkan perasaan dan pendapat mengikut situasi aku dan orang-orang sekeliling sahaja. Harap maklum.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

2 Responses to “Hadiah Untuk 1Malaysia”

  1. Mas Says:

    Hadiah untuk 1Malaysia.
    Terima kasih 1Malaysia.
    🙂

  2. Wan Meiji Says:

    huhuhu~

    aku sayang malaysia… >.<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: