Malapetaka? Amaran?

Salam.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian taufan Ketsana yang melanda Manila dan sekitar kawasan utara Filipina. Disebabkan itu, ramai orang yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, malah lebih menyayatkan hati kehilangan orang-orang tersayang. Selain kerugian yang besar dialami, mereka juga terpaksa menghadapi cabaran getir untuk hari-hari berikutnya, andai terjadi lagi sebarang bencana alam menimpa. Bagaimanakah nanti mereka dapat berlindung? Bagaimanakah nanti mereka dapat mengatasi trauma ini?

Tetapi malang tidak berbau. Baru sahaja beberapa hari berlaku taufan tersebut, kita dikejutkan lagi dengan bencana menimpa di Samoa dan sekitar Amerika Pasifik. Tsunami yang berlaku telah menjejaskan banyak tempat dan hampir menyebabkan perhubungan komunikasi terputus. Kejadian ini ibarat satu petanda yang menunjukkan bumi semakin terancam. Trauma yang dialami mereka tidak dapat digambarkan semata-mata dengan perkataan atau gambaran.

Belum pun sempat semua pihak seluruh dunia membuat tindakan selanjutnya, kita dikejutkan sekali lagi dengan gempa bumi 7.6 skala Richter yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Malaysia, Singapura dan beberapa kawasan sekitar Indonesia turut terasa gegaran kesan akibat dari kejadian yang melanda di sana. Banyak bangunan besar, termasuk hospital dan hotel, rosak teruk, manakala kediaman ranap dan kebakaran berlaku di kebanyakan tempat di bandar Padang yang didiami hampir sejuta penduduk.

Sumber: Pelbagai.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

SIS board member Zainah Anwar said that while the Prime Minister and Foreign Minister have always tried to project Malaysia as a model Islamic country, whipping was unacceptable and could be seen as too severe.

She said Malaysia had attracted international attention because of the Kuantan Syariah High Court’s decision to whip the 32-year-old, along with other issues such as the fatwa on yoga and tomboys.

“Foreigners are interested to come to our country because of the moderate image we portray but, when they come here, they are shocked to find the level of conservatism practised. So where is this model Muslim country we have been trying to promote?” asked Zainah at a press conference at the SIS office yesterday.

Sumber: The Star online.

Apa kes ni?! Tak belajar hukum-hakam agama ke?! Tak mengaji al-Quran ke?! Takde akal ke?! Otak kat lutut ke?!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Malapetaka? Amaran? Apa-apa pun harap ambil iktibar dari sini. Selain kemusnahan bumi yang berpunca dari tangan manusia sendiri, ia juga mungkin amaran dari Tuhan kepada manusia-manusia yang banyak melakukan dosa. “Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapa aku dan, ahli keluarga aku dan keseluruhan umat Islam. Selamatkan lah kami dari sebarang bencana dan azab seksa.” Amin.

Calo~

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: