Bidin Dan Rahman

Rahman seorang lelaki yang sederhana. Namun begitu, ramai perempuan yang selalu keluar dengannya. Kesederhanaan dan kejayaan Rahman yang selalu keluar dengan perempuan kampung, amatlah tidak disenangi oleh Bidin. Seorang graduan yang baru nak berlagak dengan ijazah yang baru diperolehinya. Tambah membuatkan hati Bidin panas, mak ayah perempuan yang keluar dengan Rahman, semua rilek-rilek je. Macam restu pulak. Balik pulak malam-malam. Memang otai lah Rahman ni.

Disebabkan mereka sebaya, Bidin merasakan adalah kurang adil jika semua perempuan kampung jatuh hati kepada Rahman. Dirinya yang kacak dan berpelajaran, langsung tak ada sapa nak keluar dengannya. Lagi menyakitkan hati, Sheila, awek lepasan SPM idamannya langsung tak layan permintaan Bidin untuk pergi makan ais kacang di bandar. Bila diajak, takut mak ayah marah katanya. Marah betul Bidin dibuatnya.

Setelah seminggu memerhatikan aktiviti Rahman, Bidin cuba menguji taktik yang digunakan oleh Rahman. Bidin memandu kenderaannya menghampiri Sheila. Sheila yang sedang menunggu kedatangan Rahman di hadapan rumahnya terkejut.

Jom keluar? Takkan keluar dengan Rahman boleh, dengan abang tak boleh kot. Jom lah.” manja Bidin mengajak Sheila.
Ishh.. mana boleh. Mak ayah marah kalau keluar dengan orang lain. Abang Rahman x apa.” balas Sheila lembut.

Ha… ni yang aku hangin ni. Sikit-sikit Rahman.. sikit-sikit Rahman. Apa gila semua pompuan dalam kampung ni kena ubat guna-guna Rahman.” Bidin menyinga.
Ubat guna-guna?” soal Sheila.

Ya la… ubat guna-guna. Tak sedar lagi? Rahman angkut perempuan keluar sesuka hati.. balik lewat-lewat malam. Apa ni? Semua nak bercinta dengan Rahman, macam mana kalau kahwin nanti nak bersanding. Mau kena buat kat padang.” Bidin mula jerit-jerit.

Sunyi…

Ni apa hal ni?” soal Pak Cik Karim Rambo yang tiba-tiba muncul.
Abang Bidin ni ha ayah.. tetiba ja marah Sheila. Dia tak bagi Sheila ikut Abang Rahman.” Sheila mula bagi laporan kat ayahnya.

Ye la pak cik,saya ajak anak pakcik elok-elok. Dia kata tak boleh. Tapi Rahman yang suka-suki keluar dengan perempuan lain pakcik bagi pulak. Pakcik pun kena ubat guna-guna kot.” Bidin mula memerli.
Kamu dah berapa lama tak balik ke kampung ni?” soal Pak Cik Karim Rambo dengan tenang.

9 bulan. Saya baru habis belajar pakcik. Ada ijazah dah. Takkan pakcik tak bagi kot.” Bidin mula promote diri.
Kamu tahu Rahman tu sapa?” Soal Pak Cik Karim Rambo.

Kenal la. Sebaya saya. Kerja kampung. Tapi suka keluar semua dengan perempuan.” Bidin memberikan analisis.

PIN!! PIN!! bunyi hon kenderaan Rahman.

Wah.. lawa sheila hari ni. Jom cepat naik.” laung Rahman yang baru tiba dengan kenderaannya.
Ha… tu Rahman dah sampai. Pegi naik cepat.” arah Pak Cik Karim Rambo kepada anaknya.

Ha.. tgk tu. Rilek-rilek je pakcik bagi. Murah betul.” bebel Bidin tak puas hati sambil memerhatikan Rahman yang berlalu pergi.

Muka Pak Cik Karim Rambo merah padam. Rimas. Menyampah. Tensen dengan Bidin.

Kamu tahu tak Rahman tu kerja bawak van kilang? Memang dah kerja dia bawak gadis2 kerja kilang.Takkan nak bawak anak pokok getah.” bebel Pak Cik Karim Rambo dengan muka ketat-ketat.

Blajar tinggi-tinggi, akal macam tungau!” tambah Pak Cik Karim Rambo lagi sedas. Muka lagi ketat-ketat.

Pak Cik Karim sudah buka akaun ASB?” Bidin cuba menukar tajuk perbualan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: