Papadom

Salam.

Macam lama aku tidak membebel di sini. Hari ini aku kembali. Ye lah, kalau asyik membebel, bukan orang baca sangat pun blog aku kan? Semalam aku ‘balik awal’ dari kerja sebab kalau duduk lagi di pejabat dengan ketiadaan sebarang kerja, baik aku balik. hahaha… Tapi alang-alang aku balik awal, aku buat perancangan yang tidak dirancang – menonton wayang. Filem? Papadom.

Kisah mengenai seorang peniaga nasi kandar, Saadom (Afdlin Shauki) dengan bininya Munirah (Noorkhiriah) dan anaknya Miasara (Liyana Jasmay). Bagaimana Saadom membesarkan anaknya selepas kehilangan Munirah akibat kemalangan jalanraya.. bla bla bla. Maaf, tidak perlu aku cerita sinopsis ye. Macam skema sangat. Mesti ramai sudah tahu atau boleh cari sendiri😉 hehehe..

Apa yang aku boleh kongsikan pendapat bersama ialah, keseluruhan jalan cerita ini memang dikupas dengan baik sekali. Memang layaklah filem ini memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia baru-baru ini. Bak kata Mat (Que Haidar), atau nama penanya Wajib Tayang (hahaha…):

Filem… Filem merupakan idea yang dilemparkan ke atas kanvas putih oleh penulis dan pereka filem itu sendiri, lalu dia coretkan segalanya ke atas kanvas putih tersebut sehingga menjadi warna yang diinginkan.. Itu lah filem..

Lakonan Afdlin Shauki yang boleh aku cakapkan sebagai ‘the next P. Ramlee‘ memang berkesan. Cara dia tunjukkan reaksi dan emosi bukan seperti filem-filem beliau yang lain, malah mungkin lebih baik dari yang filem-filem sebelum ini. Dengan gandingan bersama Nookhiriah (yang aku dan adik aku, Nisa memang suka tengok dia berlakon, ‘loqlaq dan kecoh’ kata adik aku.. haha..), dan juga Liyana Jasmay yang semakin bersinar dalam dunia lakonan – menjadikan Papadom sebagai satu filem yang memang Wajib Tayang dan mesti ditonton. :p hahaha…~Scha pun boleh tahan gedik dia juga kali ini. Memang berbaloi-baloi aku tonton semalam walaupun ‘balik kerja awal’ dan tonton seorang diri di GSC Berjaya Times Square.

Untuk Papadom, aku bagi . ^_^ Yang bintang setengah itu bonus sebab ini filem Melayu. Jarang ada filem Melayu yang menarik untuk ditonton. :p hehehe.. Tabik spring untuk semua pelakon Papadom.

Calo~

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: