Tak Sangka Yek

Salam.

Pagi ini 9.10pagi hari Jumaat, aku berlari-lari anak dari stesen lrt Titiwangsa (di Pekeliling) menuju ke tempat kerja, di Jalan Ipoh (sebelah PWTC). Hujan masih lagi turun mendayu-dayu dari awal pagi tadi (3-4pagi). Malangnya apabila sampai masih tiada orang buka pejabat, aku pula tiada kunci pintu utama.

Aku menunggu di gerai sebelah. Duduk sambil menikmati hidangan nasi lemak 2 bungkus. Tanpa dipesan, Farok, tuan gerai, telah datang menghantar teh tarik aku. Jam sudah 9.40pagi, masih belum lagi ada sesiapa datang membuka pintu utama.

Ketika aku mengelamun depan akhbar The Star yang aku beli tadi, aku terdengar nada dering siulan yang sangat popular. Aku tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu.

Nah! Dua meja di hadapan aku ada seorang lelaki India yang sedang melihat telefon bimbitnya. Dia lah yang menggunakan nada dering siulan itu.

Aku tersenyum sambil menyanyikan lagu mengikut nada dering itu:

“Hei! Kami lah penyamun di dalam negeri.. Kami menyamun, merompak dan mencuri…”

1Malaysia ke? :p

Calo~

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: