Tram-Like Buses

Salam.

Lama betul aku tak membebel kat blog sendiri ni. hahahaha… Penyakit malas awal tahun sudah merebak. Bahaya ni… wakakaka..~ Eh aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat semua orang ^_^ woohoo..~

Ok, topik hangat berita hari ini:

KUALA LUMPUR: Penang and Johor Baru will be the first two cities in the peninsula to get underway the Transport Ministry’s tram-like transport system called the Bus Rapid Transit (BRT) line. Widely-used worldwide, the tram-like transport costs less to develop compared to Light Rail Transit.

Sumber: NST Online.

Aku baru je buat ‘kajian’ dari Google pasal mende tram. Mende alah ni ada pro dan kontra baik-buruknya. Lokasi cadangan kerajaan nak buat di Pulau Pinang dan Johor. Dari apa yang aku tengok dan baca, aku boleh beri pendapat murahan aku yang tak seberapa ni.

Bogota’s Transmilenio BRT has won praise for its roomy coaches and well-designed stations. Photo: Aaron Naparstek

Pertama; Lokasi yang nak dibuat ialah sememangnya di tempat yang memerlukan pembaharuan terbaru pengangkutan awam. Ada baiknya juga servis ini dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya semua peringkat masyarakat dapat memanfaatkan sebaiknya demi kemajuan negara bersama.

Kedua; Dengan negara China menjadi negara maju terbaru mempunyai bullet train, Malaysia sepatutnya memperbaiki tahap kualiti dan mutu pengangkutan awam secara menyeluruh, tanpa menganak-tirikan lain-lain syarikat yang ‘tiada kaitan’ dengan kerajaan. Sebabnya mudah – antara mereka yang mungkin memuji, atau menjadi mangsa adalah orang awam jika lain-lain syarikat mendapat kelebihan dan bantuan yang berbeza.

BRT in Quito, Ecuador. Buses have a physically separated lane and boarding stations.

Ketiga; Tetapi harus juga difikirkan mengenai kawasan padat dengan penduduk di sana. Pulau Pinang baru sahaja mempunyai RapidPenang. Johor pula sudah mempunyai banyak pengangkutan awam terutama yang keluar-masuk Singapura. Tetapi kualiti dan mutu perkhidmatan mereka amat berbeza satu sama lain. Andai sistem tram ini dilaksanakan, dapatkah terjamin yang kualiti serta ‘khidmat mantap’ oleh sistem-sistem lain kekal bermutu dan mengutamakan pelanggan?

Keempat; Bagaimanakah kerajaan, atau mana-mana pihak berkuasa yang terlibat dengan sistem tram ini dapat mengawal segala aspek penting (kebersihan, keselamatan, kualiti perjalanan, disiplin pemandu dan pengguna, dll) pada tram yang akan dilaksanakan ini? Walhal RapidKL dan Metro Bus (sebagai contoh) sendiri pun sudah tidak terjaga kebersihan dan kualiti perjalanannya sendiri, apakah yang kali ini akan dilihat pula sebagai ‘contoh pengangkutan terbaik Asia’ sebagai kempem promosi pelancongan negara?

Kelima; Kadar mentaliti masyarakat juga perlu diambil kira. Vandlisme, kebersihan diri yang kurang, pentingkan diri sendiri dan sebagainya, antara perkara yang sentiasa ada. Baik buruk sistem itu juga tertakluk kepada pengguna dan masyarakat setempat, yang mana hidup berbilang kaum dan turut dikongsi bersama oleh warga-warga asing yang melawat dan/atau bekerja di negara kita. Mahukah kita melihat tram yang penuh dengan contengan lucah? Atau kerusi yang rosak jahanam? Mungkin juga melihat tempat menunggu yang kotor dengan sampah, gula getah, lampin bayi atau kahak dan ludahan?

Aku mungkin membebel seorang diri, tetapi apa yang aku katakan ini sebagai pendapat dari pemerhatian dan pengalaman percubaan. Aku tidak menghalang apa-apa kemajuan atau kemudahan, cuma hendak kita berfikir secara menyeluruh, baik dari pihak berkaitan yang akan melaksanakannya, dan juga dari diri sendiri.

Fikir-fikirkanlah. ^_~

Calo~

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: