Archive for the ‘Movie’ Category

Papadom

November 3, 2009

Salam.

Macam lama aku tidak membebel di sini. Hari ini aku kembali. Ye lah, kalau asyik membebel, bukan orang baca sangat pun blog aku kan? Semalam aku ‘balik awal’ dari kerja sebab kalau duduk lagi di pejabat dengan ketiadaan sebarang kerja, baik aku balik. hahaha… Tapi alang-alang aku balik awal, aku buat perancangan yang tidak dirancang – menonton wayang. Filem? Papadom.

Kisah mengenai seorang peniaga nasi kandar, Saadom (Afdlin Shauki) dengan bininya Munirah (Noorkhiriah) dan anaknya Miasara (Liyana Jasmay). Bagaimana Saadom membesarkan anaknya selepas kehilangan Munirah akibat kemalangan jalanraya.. bla bla bla. Maaf, tidak perlu aku cerita sinopsis ye. Macam skema sangat. Mesti ramai sudah tahu atau boleh cari sendiri ๐Ÿ˜‰ hehehe..

(more…)

Mary Poppins – Supercalifragilisticexpialidocious

September 30, 2009

Mary Poppins:
It’s…
Supercalifragilisticexpialidocious!
Even though the sound of it
Is something quite atrocious
If you say it loud enough
You’ll always sound precocious

All:
Supercalifragilisticexpialidocious!
Um diddle diddle diddle um diddle ay
Um diddle diddle diddle um diddle ay!

(more…)

No Human Allowed

August 13, 2009

Salam.

Haaa… Itu lah tajuk salah satu ayat yang ada pada promosi / kempen filem District 9 yang baru aku pergi sneak preview malam semalam di Cineleisure, e@Curve. Filem hasil Peter Jackson ini kalau diikutkan mula-mula keluar iklan, trailer dan kempen poster apa bagai semua tu pun dah menarik perhatian ramai orang (termasuk aku) untuk menonton dan mengetahui apa kaitan dan ceritanya antara makhluk asing dengan manusia dalam filem ini.

Tetapi selepas lebih kurang sejam setengah tayangan filem ini, aku rasa macam – agak memeningkan kepala dan bosan. Sesiapa yang pernah tengok Cloverfield, mungkin dapat agak lah macam mana gaya penceritaan filem-filem yang ala-ala tu. Dari segi grafik komputer dan efek memang tidak dinafikan agak menarik. Tambahan lagi dengan kesan khas manusia / mahkluk asing yang meletup selepas ditembak memang nampak realistik.

Macam mana pun, District 9 macam sebuah filem tanpa motif, tanpa jalan cerita yang kukuh. Seolah-olah dibayangi corak garapan pembuat / pembikin filem bebas (indie film maker). Tapi aku cukup lah dengan komen aku ni, takde lah niat nak spoil-kan mood sesiapa yang nak tengok filem tu yang mula tayangan hari ini.

Jadi, sesiapa yang nak tengok District 9, sila pergi ke pawagam yang berhampiran anda dan – selamat menonton. Terima kasih Elf untuk special pass tayangan filem ini ^_^ Nanti ada lagi offer lah ekk.. EBC gang lain yang ada semalam Fadinha dengan Salario.

Aku bagi 2 bintang dari 5.

Calo~

Besouro

August 3, 2009

p/s : I hope it will be a totally differents than a kung-fu films ok.. :p hehehe..

Depressed

July 31, 2009

Salam.

Semalam konon-konon aku nak pergi wall climbing kat Shah Alam dengan San, Elf, Rahim, dan Farah. Tapi sampai jam 5 petang pun belum buat apa-apa keputusan, jadi aku buat kesimpulan sendiri yang mereka sibuk, tak boleh wall climbing. Jadi lepas tu aku habis je kerja jam 6.30, cepat-cepat aku cabut kejar 2 lrt ke (TGV) KLCC untuk tayangan filem Public Enemies jam 6.45 petang! hahahaha… Tapi aku masuk panggung jam 7 :p hehehe…

Secara keseluruhan, filem ini memang bagus dan baik. Ala-ala filem zaman koboi pun ada juga dengan babak tembak-menembak lagi apa bagai. Dan macam biasa, lakonan Johnny Depp sebagai John Dillinger memang marvelous tahap gaban punya lah! Ekspresi dia juga setiap kali menghadapi situasi bahaya atau masalah memang betul-betul tenang setenang air di muara. Cheewaahh.. ayat tak boleh blah. hehehe… Satu filem yang disarankan untuk ditonton oleh semua orang.

Lagi pun satu hal semalam aku tak rancang nak tengok wayang pun. Filem pun aku main pilih je yang menarik daripada senarai filem menarik. Tambahan pula semalam aku betul-betul rasa down, effect sampai tak bersemangat nak pergi wall climbing.

Mungkin elok kot aku cuba cool down dan menyendiri untuk sementara waktu. Sigh….

Calo~

Here Comes The ‘Heroes’

July 22, 2009

Robert Knepper, who played the villainous Theodore “T-Bag” Bagwell on Fox’s Prison Break, has been tapped as the new lead villain on NBC’s Heroes next season, according to The Hollywood Reporter.

In at least six episodes of the series’ fourth season, Knepper will play Samuel, a Jim Jones type – charismatic but evil, with a twisted sense of humor – who will veer into the lives of all heroes. The character had been referred to as “Carnival Barker” in the series breakdown released last month.

Source : Scifiwire online.

p/s: Here comes my ‘heroes’.. hahaha.. :p Now he’s in Heroes drama season 4.

Rest In Peace

June 26, 2009

Micheal Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the โ€œKing of Popโ€ and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday at the age of He was 50.

Meanwhile Farah Fawcett, the Charlieโ€™s Angels star whose feathered blond hair and dazzling smile made her one of the biggest sex symbols of the 1970s, died Thursday after battling cancer. She was 62.

Sumber : The Star online.

(more…)

Yes Man! No Man!

January 5, 2009

Salam.

Minggu lepas aku sempat buat beberapa aktiviti dalam keadaan demam secara tiba-tiba. (Agaknya overdose sisha di Mali’s Corner Jumaat malam kot. hahaha.. acah je ๐Ÿ˜› kekeke..) Nakama Studio outing sekali lagi pergi tengok wayang Yes Man lakonan Jim Carrey di Cineleisure. Memang lawak yang berkualiti lah cerita ni. Dan pendapat aku, tak rugi kalau tengok kali kedua. Pojan yang selalu tidur dalam wayang pun melebih-lebih pulak ketawa dan bercakap dia masa tengok Yes Man ๐Ÿ˜€ hahaha..

Aktiviti lain pulak pergi kedai jagaan binatang Paws di Subang. Sebab aku cadang nak bela kucing nanti. Dah survey tempat dan harga. Cuma nanti bila dah bersedia, baru aku pilih kucing ^_^ hehehe.. Selain tu, aku ada dua pilihan aktiviti yang sama – sambut harijadi Espelho di Jalan Telawi atau harijadi Piuliu di The Curve. Kebetulan sebelum tu aku keluar dengan Nakama Studio ke Cineleisure, jadi aku berpendapat, dalam keadaan aku demam dan semua urat-urat aku dah kejang, baik aku pergi yang agak takkan memberatkan lagi situasi aku nanti.. ๐Ÿ˜› hehehe.. Memang aku tak larat pun. Balik awal jugak.

Selain tu, aku pergi shopping sikit barang rumah, sarapan seperti biasa nasi dagang di Wangsa Maju, dan basuh baju. Haa.. Malam masa mula-mula aku demam tu, berselubung aku dalam selimut menggigil.. ๐Ÿ˜› haha.. dah risau dah kalau-kalau aku terkena demam ‘hari tu‘ punya semula. Alhamdulillah bukan. ๐Ÿ™‚

Calo~

Cuti Lagi

December 26, 2008

Salam.

Salam bercuti buat semua. haha.. ๐Ÿ˜€ Sekarang aku sedang lepak-lepak di gerai depan rumah sambil buat research untuk logo syarikat yang aku kena cipta ni. Mijie lak demam parak, sampai kena mc hari ni. hahaha.. Aku bercuti lagi, Selasa depan baru masuk dan Rabu pulak kena pindah-pindah barang, kena pindah pejabat ke tempat baru. huhu..

Kelmarin Nakama Studio buat outing sekali lagi pergi One Utama. Pojan, Mijie, Miza dan seorang lagi Iqbal baru nak tengok cerita Bolt sedangkan aku dah tengok sebelum ni. Tapi sebab cerita Bolt best, aku tak ralat pun nak tengok kali kedua. ^_^ Memang seronok lah layan sekali lagi. Puas hati. Lepas ni aku nak beli dvd dia pulak (sejak bila aku rajin beli dvd cerita ni? ๐Ÿ˜› haha..)

Eh, semalam pulak nasib baik sempat aku pergi rumah Soldado sebelum Parabolica balik ke Penang. Aku datang sebab nak bagi Xmas gift je kat mereka. Aku harap mereka suka dengan hadiah tu ๐Ÿ™‚ Malam ni mula semula kelas Capoeira selepas lama ‘berehat’. Dan aku ada firasat yang malam ni mungkin aku kena take-down atau kena babau ramai-ramai ๐Ÿ˜ฎ hahaha… Bersedia lah wahai Kamalkhalid!

Calo~

Membebel

December 23, 2008

Salam.

Agak lama gak aku tak membebel di sini ๐Ÿ˜› hehehe.. Bukan apa, cuma daripada asyik merapu je, baik share lawak atau fakta sesama kita, bukankah molek begitu tuan hamba? haha.. ๐Ÿ˜€ Minggu lepas banyak gak aktiviti yang aku terlibat. Contoh macam aku lepak makan di Mali’s Corner sebab dah lama dah tak lepak di sana. Char Kuey Teow saiz besar dengan nasi lemak ayam jadi hidangan aku malam tu. ๐Ÿ˜›

Selain tu aku pergi lepak tengok IP MAN, cerita tentang pengasas Wing Chun (dan juga sifu kepada Bruce Lee). Gempak gila! Korang memang patut tengok lah cerita niย ๐Ÿ˜‰ Beberapa hari sebelum tu pun aku pergi tengok Transporter 3. Entah apa mimpi, aku tak tengok pun lagi nombor 1 & 2 punya, tiba-tiba je aku layan nombor 3 punya. ๐Ÿ˜€ haha.. Tapi cerita dia best jugak lah. Puas hati gak dapat tengok. Semua movie kami tengok di One Utama.

Ahad lepas lak aku pergi Amcorp Mall selepas aku dapat maklumat tentang flea market yang jual barang-barang lama dan klasik. Aku pergi dengan Mousy, Careta dan Moleka. Sambil-sambil aku survey barang untuk diri sendiri, aku beli Christmas present untuk beberapa orang ๐Ÿ˜‰ Bulan depan aku nak datang lagi, sebab barang sana terlalu banyak nak difikir beli mana satu ๐Ÿ˜› hehehe.. Piring hitam dengan player dia pun ada elok lagi. Jual murah pulak tu. ๐Ÿ˜ฎ Jom!~

Calo~