Archive for the ‘My Angry’ Category

For The Time Being

October 22, 2009

Despair

October 14, 2009

+despair+

HUH!~

October 12, 2009

Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it! Damn it!

WTF?!~

T_T

Malapetaka? Amaran?

October 1, 2009

Salam.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian taufan Ketsana yang melanda Manila dan sekitar kawasan utara Filipina. Disebabkan itu, ramai orang yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, malah lebih menyayatkan hati kehilangan orang-orang tersayang. Selain kerugian yang besar dialami, mereka juga terpaksa menghadapi cabaran getir untuk hari-hari berikutnya, andai terjadi lagi sebarang bencana alam menimpa. Bagaimanakah nanti mereka dapat berlindung? Bagaimanakah nanti mereka dapat mengatasi trauma ini?

(more…)

Aku Takkan Mengalah

September 4, 2009

Salam.

Hari ini aku takde mood hendak update blog. Masih ada beberapa masalah yang masih belum betul-betul selesai dari hujung minggu lepas. Harap kalau aku pergi climbing esok boleh lah luahkan tekanan ini sedikit dari membelenggu kepala otak aku.

Calo~

What The Fungus?!

July 30, 2009

Salam.

Higher bus fares from Sept 1

2009/07/30
RapidKL raises bus fare from Sept 1. Daily fares to go up by 100 percent but those who opt for monthly pass will get betweeen 60 and 80 percent discount.

Source: NST online.

Mari kita menyanyi satu lagu yang menjadi satu kebanggaan buat satu Malaysia. hohoho…

Bersatu Bersama Mara

Bersatu kita bersatu
Naik harga macam hantu
Biar kita teguh berpadu
Biar lain terus layu.

Bersama kita bersama
Khidmat pada semua
Abaikan semua kata-kata
Bas macam haram peduli apa.
(Halal haram peduli apa.)

Lambang kita yang gagah
Dari atas kita perintah
Tanpa peduli rakyat marah
Cogankatanya……

Mari kita terus mara
Untuk kroni dan bukan semua.

Calo~

Putar Fakta

April 21, 2009

Salam.

Isu kali ini aku nak luahkan sedikit pasal apa yang dah terjadi sejak kebelakangan ini. Topik kali ini ialah – Capoeira. Umum sedia maklum apa itu Capoeira dan jugak dah tahu yang aku pun pelatih Capoeira (diulang – pelatih; masih belajar, bukan pengajar). Jadi pada pendapat aku, tak perlu lagi aku bebelkan pasal sejarah Capoeira ataupun huraikan maklumat lanjut tentang apa itu Capoeira (kalau tak tahu tentang group Capoeira yang aku join, check info di sini).

(more…)

Siapa Yang Salah?

March 25, 2009

Salam.

Semalam ada satu kes masa aku baru nak keluar dari lrt di stesen Pandan Jaya. Sebelum pintu bukak aku ada nampak seorang pakcik (mamat?) yang reaksinya macam tak sabar-sabar nak masuk. Dengan situasi orang yang ramai dalam lrt tu, aku yakin yang pakcik tu boleh faham sepatutnya bagi laluan dulu orang dalam lrt untuk keluar.

Tetapi bila pintu lrt dibuka je, terus laju-laju dia jalan nak masuk ke dalam, yang mana betul-betul berhenti depan aku yang nak keluar. Aku dah mula bengang, aku block dia sebab aku sendiri pun dah tak boleh ke kiri kanan atau ke belakang semula. Orang lain pun ramai lagi nak keluar lrt. Tapi dia langgar jugak dan masuk sambil maki hamun “Pu%# mak betul! sialan!”

Aku dalam masa sama pun sound dia “Bagi lah orang lain keluar dulu baru boleh masuk! Otak takde ke?!” Tapi dari luar, aku nampak yang dia macam mengomel seorang diri lagi dan muka marah-marah. Aku pun ready je kalau-kalau dia ‘tak puas hati’ lagi dengan aku. huhu…

Siapa yang salah ni?

Calo~

Jangan!

March 18, 2009

Jangan sebab perempuan, kawan langsung kau lupa.

Jangan sebab perempuan, kawan langsung kau abai.

Jangan sebab perempuan, kawan langsung kau tipu.

Jangan sebab perempuan,
kau cakap kawan kau lupa kawan sebab perempuan,
untuk alih kesalahan kau yang sebenarnya.

Jangan!

Dear Malaysian Politicians

March 10, 2009

Salam.

I’m not interested into politics but, just now I read an article from a blog (linked by my brother) regarding the looming bad economy. Please ‘enjoy’ the article below copy from Anas Zubedy‘s blog.

Dear Malaysian Politicians,

Please stop the power chase, call for a truce and focus on the economy.
(more…)