Posts Tagged ‘blog’

Here He Comes!

December 1, 2009

Salam.

Lama gile aku tak update blog aku nih. huhuhu…. Kesibukan dengan pelbagai kerja di tempat baru menyebabkan aku tiada masa lebih ‘untuk dicuri 5 minit’ update blog :p hehehe.. Keje didahulukan, pencapaian diutamakan (porah!)

Ohye, lagipun sekarang aku sedang kemaskini sedikit demi sedikit laman web aku. InsyaAllah aku nak buat blog sendiri dalam domain aku tu jugak – www.kamalklique.com ^_^ hehehe… Promote beb.., promote….

Baik lah. Sudah beberapa hari aku tidur pukul 3 pagi. Ulser lagi, dapat migraine pulak tu. Mengantuk nih. Silap-silap nanti mental error lak =) hahaha… Harap-harap tak kena lah.

Btw, Disember sudah sampai T_T huhuhuhu…~ Selamat datang wahai Disember.

Calo~

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

July 1, 2009

Salam.

Baru-baru ini aku ada dapat satu link menarik untuk dibaca. Artikel oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Negeri Perlis. Komen beliau mengenai cara hidup orang zaman sekarang yang didapati berzina lagi senang daripada berkahwin.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

(more…)