Posts Tagged ‘Bolt’

Cuti Lagi

December 26, 2008

Salam.

Salam bercuti buat semua. haha.. 😀 Sekarang aku sedang lepak-lepak di gerai depan rumah sambil buat research untuk logo syarikat yang aku kena cipta ni. Mijie lak demam parak, sampai kena mc hari ni. hahaha.. Aku bercuti lagi, Selasa depan baru masuk dan Rabu pulak kena pindah-pindah barang, kena pindah pejabat ke tempat baru. huhu..

Kelmarin Nakama Studio buat outing sekali lagi pergi One Utama. Pojan, Mijie, Miza dan seorang lagi Iqbal baru nak tengok cerita Bolt sedangkan aku dah tengok sebelum ni. Tapi sebab cerita Bolt best, aku tak ralat pun nak tengok kali kedua. ^_^ Memang seronok lah layan sekali lagi. Puas hati. Lepas ni aku nak beli dvd dia pulak (sejak bila aku rajin beli dvd cerita ni? 😛 haha..)

Eh, semalam pulak nasib baik sempat aku pergi rumah Soldado sebelum Parabolica balik ke Penang. Aku datang sebab nak bagi Xmas gift je kat mereka. Aku harap mereka suka dengan hadiah tu 🙂 Malam ni mula semula kelas Capoeira selepas lama ‘berehat’. Dan aku ada firasat yang malam ni mungkin aku kena take-down atau kena babau ramai-ramai 😮 hahaha… Bersedia lah wahai Kamalkhalid!

Calo~

Advertisements

Bolt! Zoom Zoom!

November 28, 2008

Salam.

Semalam aku pergi tengok wayang lagi – tapi cerita Bolt pulak. hahaha.. 😀 Last minit call dari San lewat petang semalam tanya nak tengok tak di Cathay Cineleisure, Bandar Utama. Thanks to San’s friend for the ticket. Dan aku pergi semalam aku tengok premiere screening. haha.. 😛 Bolt ni cerita pasal seekor anjing yang hidup dengan seorang gadis nama Penny. Sebab Bolt ni dijadikan pelakon dengan Penny, jadi dia anggap apa yang dia buat tu adalah betul – ada kuasa, nak selamatkan Penny dari lelaki bermata hijau, ‘super barklah dan macam-macam lagi. Sampai lah satu hari semasa berlakon, babak Penny kena culik, Bolt pun ingatkan memang Penny betul-betul kena culik.

tiket
Bolt special screening ticket
cineleisure
Cineleisure dan The Curve hujan

Jadi ceritanya bermula disitu, macam mana Bolt mengembara cari Penny jauh dari Hollywood, berjumpa dengan Mittens si kucing betina, Rhino si hamster dan 3 ekor burung merpati yang sengal; dan menyelamatkan Penny 😀 hahaha.. Aku tak nak spoilkan cerita ni sebab baru hari pertama ditayangkan, tapi memang cerita ni sangat menghiburkan. Aku berani bagi  untuk Bolt.

cicakman
Semalam gak special screening untuk Cicakman 2. Boleh tahan gempak gak motor ni. Woo..
onepiece
Figura crossover One Piece dan Dragon Ball. Aku nak! RM70 je. huhu.. Luffy buat Kame Hame Ha, Bezita dan aliran 3 pedang, naga atas Thousand Sunny!

Oh ya, hari ni lak last day untuk dj Hitz.fm bertugas bersama – Rudy dan JJ. huhu.. 😦 Mereka memang gempak tapi mulai Isnin, partner mereka jadi orang lain. Tak tahu lah aku siapa. Bagi aku, mereka memang gempak. Tapi aku harap orang baru ganti mereka nanti akan jadi lagi baik dari sekarang. Apa-apa pun, all the best to you Rudy and JJ of Hitz.fm! 😉 “I got it from my mamak“. hahahahaha..

Dead
Ini di Sunway Pyramid kelmarin. Dari atas escalator aku nampak macam binatang(?) atau pari-pari(?) yang mati terhempas. haha.. Tapi sebenarnya kesan sabun cuci lantai. hehe..

Calo~