Posts Tagged ‘One Utama’

Layan Khamis

October 8, 2009

Salam.

Balik dari wall climbing di Camp5, One Utama semalam, hari ini tangan aku sengal-sengal lemah sikit. :p hahaha.. Lama betul tak memanjat, kederat jadi kurang sikit. Tidak mengapa, aku sudah mulakan semula aktiviti-aktiviti aku seperti sebelum puasa – Capoeira, climbing, futsal, dan lain-lain ^_^

Hari ini Khamis, aku nak melayan 2 lagu sebanyak yang boleh. Layan lah klip video di bawah ini.


Eagles – Hotel California (Live)


Guns N’ Roses – Sweet Child of Mine

Calo~

Advertisements

Cuti Lagi

December 26, 2008

Salam.

Salam bercuti buat semua. haha.. ๐Ÿ˜€ Sekarang aku sedang lepak-lepak di gerai depan rumah sambil buat research untuk logo syarikat yang aku kena cipta ni. Mijie lak demam parak, sampai kena mc hari ni. hahaha.. Aku bercuti lagi, Selasa depan baru masuk dan Rabu pulak kena pindah-pindah barang, kena pindah pejabat ke tempat baru. huhu..

Kelmarin Nakama Studio buat outing sekali lagi pergi One Utama. Pojan, Mijie, Miza dan seorang lagi Iqbal baru nak tengok cerita Bolt sedangkan aku dah tengok sebelum ni. Tapi sebab cerita Bolt best, aku tak ralat pun nak tengok kali kedua. ^_^ Memang seronok lah layan sekali lagi. Puas hati. Lepas ni aku nak beli dvd dia pulak (sejak bila aku rajin beli dvd cerita ni? ๐Ÿ˜› haha..)

Eh, semalam pulak nasib baik sempat aku pergi rumah Soldado sebelum Parabolica balik ke Penang. Aku datang sebab nak bagi Xmas gift je kat mereka. Aku harap mereka suka dengan hadiah tu ๐Ÿ™‚ Malam ni mula semula kelas Capoeira selepas lama ‘berehat’. Dan aku ada firasat yang malam ni mungkin aku kena take-down atau kena babau ramai-ramai ๐Ÿ˜ฎ hahaha… Bersedia lah wahai Kamalkhalid!

Calo~

Membebel

December 23, 2008

Salam.

Agak lama gak aku tak membebel di sini ๐Ÿ˜› hehehe.. Bukan apa, cuma daripada asyik merapu je, baik share lawak atau fakta sesama kita, bukankah molek begitu tuan hamba? haha.. ๐Ÿ˜€ Minggu lepas banyak gak aktiviti yang aku terlibat. Contoh macam aku lepak makan di Mali’s Corner sebab dah lama dah tak lepak di sana. Char Kuey Teow saiz besar dengan nasi lemak ayam jadi hidangan aku malam tu. ๐Ÿ˜›

Selain tu aku pergi lepak tengok IP MAN, cerita tentang pengasas Wing Chun (dan juga sifu kepada Bruce Lee). Gempak gila! Korang memang patut tengok lah cerita niย ๐Ÿ˜‰ Beberapa hari sebelum tu pun aku pergi tengok Transporter 3. Entah apa mimpi, aku tak tengok pun lagi nombor 1 & 2 punya, tiba-tiba je aku layan nombor 3 punya. ๐Ÿ˜€ haha.. Tapi cerita dia best jugak lah. Puas hati gak dapat tengok. Semua movie kami tengok di One Utama.

Ahad lepas lak aku pergi Amcorp Mall selepas aku dapat maklumat tentang flea market yang jual barang-barang lama dan klasik. Aku pergi dengan Mousy, Careta dan Moleka. Sambil-sambil aku survey barang untuk diri sendiri, aku beli Christmas present untuk beberapa orang ๐Ÿ˜‰ Bulan depan aku nak datang lagi, sebab barang sana terlalu banyak nak difikir beli mana satu ๐Ÿ˜› hehehe.. Piring hitam dengan player dia pun ada elok lagi. Jual murah pulak tu. ๐Ÿ˜ฎ Jom!~

Calo~

Apahal?!

December 1, 2008

Salam.

Semalam lepas habis kelas Capoeira, EBC teamย ada Capoeira presentation di One Utama. Ini untuk acara Salsa Cruise anjuran Havana Estudio. Tapi bila aku balik je malam semalam, kepala otak aku jadi tak tenteram. Mental aku jadi serabut. Bengang pun ada. Tapi semarah-marah aku, aku tetap pendam je. Simpan je.

Aku tahu lah aku ni siapa. Tapi jangan lah sampai aku kena macam ni selalu! Orang gila pun silap-silap boleh sembuh kalau selalu mengadap situasi macam ni, inikan aku yang normal. Boleh jadi bengap. Sigh.. Entah lah.. ๐Ÿ˜ฆ Lama-lama fikir memang sakit jiwa jadinya jadi pendekkan cerita, what the F? oh ok. Go on. I don’t give a damn care anymore! It’s your world and I know my world totally different for you to interfere!ย 

Calo~

Double-oh-Seven

November 10, 2008

Salam.

Sabtu lepas EBC outing terjadi sekali lagi. Aku pergi selepas balik dari dentist appointment di Batu Caves. Servis gigi sekali-sekala. ๐Ÿ˜› Kali ini kami pakat menonton filem ‘yang dinanti-nantikan’ ramai orang – 007 : Quantum of Solace. ย Aku ni sebenarnya tak berapa layan sangat cerita James Bond, cuma suka tengok wayang je. Bukan lah gak tak pernah tengok, tapi cerita kali ni bagi aku, tak cukup power nak puaskan hati penonton dan peminat James Bond. Aku tak tahu kenapa.

Mula-mula lagi dah tunjuk aksi, yang mana encik double-o-seven ni sibuk kejar orang dan menyamar dan bunuh orang lagi. Tapi sepanjang cerita, aku tak nampak pun sangat gadget-gadget canggih yang dia selalu pakai seperti dalam cerita-cerita sebelum ni. Bukankah itu identiti James Bond juga? Lepas tu, sibuk ke sana-sini cari orang, jumpa empangan air lagi, orang jahat lagi; tapi bila habis cerita, aku tertanya-tanya semula – apa yang dia cari sebenarnya? Tapi so far cerita ni agak ok lah lagi untuk ditonton. Aku pun pelik wayang kami masuk tu ada banyak lagi seat kosong dan, RM9 tiket TGV One Utama untuk cerita James Bond pada hari Sabtu?? Biar betul. ๐Ÿ˜ฎย 

Tapi majoriti kami 10 orang yang tengok rasa puas hati lagi lah. Oh ye, patutnya 11 orang join tapi entah apa yang pening sangat Vovo tak datang. Mental jap aku dengan Mousy pasal Vovo hari tu. Quantum of Solace aku bagi .ย 

Balik dari One Utama, aku singgah di cafe kawan aku di Cap Square. Nama cafe tu – Tappers. Suasana yang bertemakan zaman kolonial tu agak nyaman dan tenang bagi pelanggan datang melepak macam aku, Fadinha, dan Soldado. Ahye, kawan aku tu namanya Morreia dan Cacique. Aku bercadang kalau boleh lepas jogging setiap Ahad, aku nak ajak kawan-kawan aku datang melepak situ. Nanti aku up gambar kat sini.

Calo~

Bahayanya Bangkok

November 2, 2008

Salam.

Pagi tadi, Nakama Studio buat outing. Kami bertiga keluar dulu pergi ‘berlari-lari anak’ di Tasik Titiwangsa lepas tu sarapan di gerai nasi dagang Wangsa Maju. Kemudian jemput Pojan dan berempat orang menuju ke One Utama. Kami sempat layan cerita Bangkok Dangerous sebelum sambung aktiviti dengan lawan bowling dan diakhiri dengan aku pergi latihan Capoeira di TTDI.

Cerita ini pasal seorang pembunuh upahan dan kehidupannya. Dalam 4 misi terakhir, Bangkok jadi lokasinya. Tapi ada masalah yang timbul di sana, lagi-lagi bila dia berjumpa dan ‘berkawan’ dengan seorang warga tempatan, dan tangkap cintan dengan awek Bangkok. Masalah jadi berganda bila dia tidak menjalankan misi terakhir yang mana membawa kepada pemburuan dia oleh pihak berkuasa Thailand.

Bagi aku, jalan ceritanya ‘tidak lah jahat sangat’ (not so bad). Cuma bila sampai bab penamat cerita, aku macam tak boleh terima. Mungkin bagi aku, penamat dia macam terlalu mudah. Tapi secara keseluruhan, dan mantapnya lakonan oleh Nicholas Cage, aku bagi untuk cerita ni. Itu pendapat aku lah. Lain-lain, lu fikir lah sendiri. ๐Ÿ˜›

Calo~

Max Pain

October 24, 2008

Salam.

Semalam 2 jam sebelum balik Moleka call aku. Dia ajak aku tengok movie. Aku sudah lah tengah sengkek, ajak tengok kat One Utama pulak tu. Woo.. Tapi rupa-rupanya dia dapat lebih dari 10 tiket percuma (syarikat dia bagi), tapi yang pergi cuma aku, Moleka, Soldado & Meng ๐Ÿ˜€ gyahahaha.. So aku join – tengok cerita Max Payne.

Movie yang diadaptasi dari permainan komputer ini menceritakan pasal seorang polis Max Payne (lakonan Mark Wahlberg) yang mencari suspek ketiga yang membunuh isteri dan anaknya. Lepas macam-macam cara dan merata-rata tempat dia pergi cari, maklumat yang dia dapat sudah membawa dan menunjukkan dia ke penghujung penyelesaian yang tidak disangka-sangka. Macam mana? Tengok lah sendiri. ๐Ÿ˜›

Tapi lakonan Mark Wahlberg bagi aku tidak mantap. Contoh, ada satu masa tu dia marahkan BB (bekas polis, kawan bapak dia) dalam hujan lebat. Tapi reaksi dia langsung bukan macam marah. Dan sepanjang cerita ni, aku asyik mencari-cari feel dan cuba layan gak cerita ni tapi tak boleh. In the end, langsung tak boleh diterima pakai. Dan watak jahat Lupino (lakonan oleh mamat yang jadi watak Fernando Sucre dalam drama Prison Break) langsung macam tangkap-muat. Nampak kejam tapi takde unsur-unsur jahat. Dan.., macam tu je dia kalah? ๐Ÿ˜ฎ (Sebab tu tajuk artikel aku ni ‘Max Pain’. Kalau Pojan pun boleh tidur lepas 15 minit wayang start. ๐Ÿ˜€ hahaha…) wooo…

Tapi, pada siapa-siapa yang memang kipas-susah-mati francais permainan komputer ni, aku nasihatkan “enjoy yourself“. Aku bagi ย bintang. Tapi terpulang pada penilaian masing-masing. Lain hulu lain pedang. Anyway, muito obrigado to Moleka sebab ‘ajak dan belanja’ tengok wayang. Lain kali ajak lagi yek? ๐Ÿ˜›

Calo~