Posts Tagged ‘Paws’

Yes Man! No Man!

January 5, 2009

Salam.

Minggu lepas aku sempat buat beberapa aktiviti dalam keadaan demam secara tiba-tiba. (Agaknya overdose sisha di Mali’s Corner Jumaat malam kot. hahaha.. acah je 😛 kekeke..) Nakama Studio outing sekali lagi pergi tengok wayang Yes Man lakonan Jim Carrey di Cineleisure. Memang lawak yang berkualiti lah cerita ni. Dan pendapat aku, tak rugi kalau tengok kali kedua. Pojan yang selalu tidur dalam wayang pun melebih-lebih pulak ketawa dan bercakap dia masa tengok Yes Man 😀 hahaha..

Aktiviti lain pulak pergi kedai jagaan binatang Paws di Subang. Sebab aku cadang nak bela kucing nanti. Dah survey tempat dan harga. Cuma nanti bila dah bersedia, baru aku pilih kucing ^_^ hehehe.. Selain tu, aku ada dua pilihan aktiviti yang sama – sambut harijadi Espelho di Jalan Telawi atau harijadi Piuliu di The Curve. Kebetulan sebelum tu aku keluar dengan Nakama Studio ke Cineleisure, jadi aku berpendapat, dalam keadaan aku demam dan semua urat-urat aku dah kejang, baik aku pergi yang agak takkan memberatkan lagi situasi aku nanti.. 😛 hehehe.. Memang aku tak larat pun. Balik awal jugak.

Selain tu, aku pergi shopping sikit barang rumah, sarapan seperti biasa nasi dagang di Wangsa Maju, dan basuh baju. Haa.. Malam masa mula-mula aku demam tu, berselubung aku dalam selimut menggigil.. 😛 haha.. dah risau dah kalau-kalau aku terkena demam ‘hari tu‘ punya semula. Alhamdulillah bukan. 🙂

Calo~

Advertisements