Posts Tagged ‘Transporter 3’

Membebel

December 23, 2008

Salam.

Agak lama gak aku tak membebel di sini 😛 hehehe.. Bukan apa, cuma daripada asyik merapu je, baik share lawak atau fakta sesama kita, bukankah molek begitu tuan hamba? haha.. 😀 Minggu lepas banyak gak aktiviti yang aku terlibat. Contoh macam aku lepak makan di Mali’s Corner sebab dah lama dah tak lepak di sana. Char Kuey Teow saiz besar dengan nasi lemak ayam jadi hidangan aku malam tu. 😛

Selain tu aku pergi lepak tengok IP MAN, cerita tentang pengasas Wing Chun (dan juga sifu kepada Bruce Lee). Gempak gila! Korang memang patut tengok lah cerita ni 😉 Beberapa hari sebelum tu pun aku pergi tengok Transporter 3. Entah apa mimpi, aku tak tengok pun lagi nombor 1 & 2 punya, tiba-tiba je aku layan nombor 3 punya. 😀 haha.. Tapi cerita dia best jugak lah. Puas hati gak dapat tengok. Semua movie kami tengok di One Utama.

Ahad lepas lak aku pergi Amcorp Mall selepas aku dapat maklumat tentang flea market yang jual barang-barang lama dan klasik. Aku pergi dengan Mousy, Careta dan Moleka. Sambil-sambil aku survey barang untuk diri sendiri, aku beli Christmas present untuk beberapa orang 😉 Bulan depan aku nak datang lagi, sebab barang sana terlalu banyak nak difikir beli mana satu 😛 hehehe.. Piring hitam dengan player dia pun ada elok lagi. Jual murah pulak tu. 😮 Jom!~

Calo~

Advertisements